
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu atas kejayaan membanggakan dalam Southeast Asia Olympiad Championship and Cultural Heritage Workshop Terengganu Malaysia 2026.
Kejayaan ini merupakan bukti usaha gigih, kesungguhan dan kecemerlangan para pelajar dalam menghadapi persaingan bersama 370 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand yang berlangsung selama dua hari, bermula 19 hingga 20 Ogos 2026 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Koperasi Homestay Teluk Ketapang Terengganu Berhad (KHTK) dan Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) itu menggabungkan pertandingan akademik berasaskan Olympiad dengan aktiviti berkaitan pelancongan lestari serta warisan budaya.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Imtiaz untuk terus berusaha, mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah di persada yang lebih tinggi.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang berjaya serta guru-guru pembimbing!
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
