Dato’ Dr Abdul Latif Awang Rasmi Majlis Graduasi Al Huffah kali Ke 3 Tahun 2015

Slide8SMIYT KTRG SBT , 18 Oktober : Seramai 64 orang Graduasi Al Huffah menerima anugerah Graduasi hari ini yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia , Dato’ Dr Abdul Latif bin Awang , Pegawai Kluster Pendidikan Pejabat Menteri Besar.

Turut mengiringi beliau ialah Yang Berbahagia Encik Mazlan bin Che Wil , Ketua Penolong Pengarah bahagian Pengurusan Imtiaz yang mewakili pengarah Yayasan Terengganu , Yang Berbahagia Tuan Zakaria bin Jusoh , Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam yang mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu , Yang berbahagia Tuan Haji Sabri bin Husin AJK MPIBG yang mewakili YDP MPIBG.

Tetami VIP ini telah disambut mesra oleh Pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Mardziah binti Che Abdullah , Pengetua sekolah serta Semua penolong Kanan , Ketua jabatan serta semua guru yang terlibat.

Tujuan program ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar tingakatan 5 yang telah menamatkan 30 juzuk Al Quran.

Tahniah dan syabas kepada para graduan Al Huffah.

Slide3Slide19Slide41Slide26Slide47

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Gambar penerima Graduasi Al Huffah sila klik DI SINI

Gotong Royong Di Masjid Al Hidayah

Slide22BANGGOL MEMPELAM , 2 Oktober : Badan Dakwah dan Kerohanian sekolah ( BADAR ) bersama Majlis Perwakilan Pelajar , Majlis Pengawas Asrama dan pelajar -pelajar asrama telah mengadakan program gotong royong bersama masyarakat kampung di daerah Banggol Mempelam. Program membersihkan kawasan Masjid Al Hidayah di Kampung Banggol Mempelam ini telah disambut oleh Pengerusi Masjid , Tuan Haji Nordin bersama setiausaha dan beberapa orang ahli Jawatan Kuasa Masjid.

Program gotong royong ini di bawah pengawasan unit Kokurikulum , Ustaz Md Nor bin Yahya. Turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Penolong Kanan HEM serta waden asrama.

Semoga aktiviti seperti ini akan berterusan dan menjadi aktiviti tahunan sekolah.

Slide29Slide8Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Majlis Temu Murni dan Solat Hajat PT3

Slide14SMIYT KTRG SBT , 1 Oktober : Majlis Temu Murni untuk Pelajar PT3 telah diadakan pada tengahari tadi di Dewan Asyatibi yang melibatkan guru matapelajaran, ibubapa dan juga pelajar.

Mereka juga diberi peluang untuk bertanya kepada guru tentang tahap pencapaian anak-anak mereka dalam ujian-ujian yang lalu. Terdahulu dari itu , satu ceramah telah diadakan di Surau yang dikendalikan oleh penceramah yang dikenali sebagai nama Pak Anjang. Semoga program ini akan memberi satu semangat yang baru kepada pelajar PT3 agar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Slide9Slide2Slide12

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ceramah Motivasi Tingkatan 5 Oleh KPP Bahagian Pengurusan Imtiaz

Slide3SMIYT KTRG SBT , 1 Oktober : Encik Mazlan bin Che Wil , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz telah sudi meluangkan masa bersama-sama dengan guru dan pelajar tingkatan 5 sekolah bagi memberi suntikan semangat dalam ceramah motivasi kelmarin. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna kepada pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia tidak berapa lama lagi.

Terdahulu dari itu, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan semua guru di bilik Mesyuarat.

Slide2Slide1Slide4Slide5Slide6

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.