Perasmian Pelancaran Program SAFE

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dengan penuh komitmen melaksanakan Program SAFE (School Anti-Bullying Framework for Empowerment) sebagai satu usaha memperkukuh budaya sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli.

Program ini menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan menghentikan buli serta membentuk persekitaran yang saling menghormati, prihatin dan penyayang.

Bersama Hentikan Buli, Wujudkan Sekolah Penyayang. đź’™

Semoga inisiatif ini menjadi langkah bermakna dalam melahirkan warga sekolah yang berani berkata TIDAK kepada buli dan sentiasa mengutamakan nilai hormat, kasih sayang serta kebersamaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *