Lawatan Penandaarasan Dari Sekolah Tun Fatimah , Johor Bahru

Slide8SMIYT KTRG SBT , 20 September : Seramai 29 orang guru dan kakitangan Sekolah Tun Fatimah yang diketuai oleh Puan Hajjah Kamisah binti Aziz , Pengetua Sekolah telah mengunjungi sekolah ini sebentar tadi.

Mereka telah disambut oleh pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum , Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip , Penolong Kanan Ulul Albab ,Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar , Ketua Jabatan Agama, Cikgu Fatmawati binti Mamat dan Cikgu Saripah binti Embong.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat perkembangan dari segi pembangunan sekolah serta R&D dan juga pendedahan mengenai Ulul Albab. Mereka telah dibawa ke bilik galeri sebelum ke bilik Mesyuarat bagi mendengar sedikit taklimat yang dikendalikan oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal. Slide15Slide11Slide12Slide1Slide2Slide3Slide14Slide13Slide6Slide5Slide4

Timbalan Ketua Polis Daerah K.Trg Rasmi MPP , MPA dan MPS Sesi 2015 / 2016

Slide28SMIYT KTRG SBT , 8 September : Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu , Yang Berbahagia Supritenden Tuan Nik Mat Zin bin Nik Omar hari ini sudi merasmikan perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) , Majlis Pengawas Asrama ( MPA ) dan Majlis Pengawas Sekolah di Dewan Asyatibi.

Turut hadir ialah Pegawai Polis Perhubungan Sekolah , Yang Berbahagia Inspektor Mohd Zainuddin bin Abd. Ghani.

Ketibaan Timbalan Ketua Polis telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Semua Penolong Kanan , Ketua-ketua Jabatan serta guru.

Majlis ini dimulai dengan ucapan Penolong Kanan , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani yang secara rasminya membubarkan Badan Kepimpinan Pelajar sesis 2014 / 2015 dan seterusnya mengumumkan perlantikan Kempimpinan Pelajar bagi sesi 2015 / 2016 disusuli dengan ucapan mantan Presiden MPP , Saudara Ahmad Azizi bin Aziz dan Presiden MPP yang baru dilantik , saudara Ahmad Noor Hafifi bin Shahbudin.

Seterusnya Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memberi ucapan aluan-aluan seterusnya ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu , Yang Berbahagia Supritenden Tuan Nik Mat Zin bin Nik Omar.

Slide1Slide4Slide5Slide39Slide64Slide87Slide89Slide77

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Verifikasi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2015

Slide2SMIYT KTRG SBT , 8 September : Seramai 4 Pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengunjungi sekolah ini bagi verifikasi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum bagi tahun 2015.

Mereka telah disambut oleh Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Puan Pengetua , Ustaz Ruslan bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Penolong Kanan HEM dan Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum.

Mereka kemudian dibawa ke bilik galeri untuk mendengar taklimat khas oleh Puan Pengetua.

Slide1Slide3Slide4Slide5Slide7

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Terengganu 2015 Disambut Gemilang

Slide100KUALA TERENGGANU , 31 Ogos : Sambutan sempena Hari Kemerdekaan bagi tahun ini telah disambut dengan penuh gemilang.

Bermula di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah , semua kontinjen dari pelbagai jabatan dan sekolah berkumpul dan mendengar perutusan Hari Kemerdekaan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman , Menteri Besar Terengganu.

Sebanyak 8  kategori dipertandingkan sempena sambutan kemerdekaan ini. Antaranya ialah kategori Sekolah Menengah Tidak Beruniform , Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform , Badan Berkanun Tidak Beruniform , Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Beruniform , Jabatan Swasta , GLC Tidak Beruniform , Sekolah Menengah Beruniform Dan Pancaragam Sekolah.

Sekolah ini telah menghantar satu kontinjen bagi kategori Sekolah Menengah Tidak Beruniform.

Keputusan Rasmi semua kategori. Sila klik DI SINI

Perarakan ini bermula di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah dan berakhir di Pantai Batu Buruk.

Slide98Slide141

 

 

 

 

 

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.