Kursus LADAP

Slide38KOTA BHARU , 1 November : Kursus ini merupakan satu kursus yang berbentuk motivasi diri kepada semua guru dan kakitangan sekolah. Ianya diadakan bermula 29 hingga 31 Oktober di Hotel Al Ansar Kota Bharu.

Dalam program ini , pihak sekolah telah mengundang 3 orang penceramah yang terkenal iaitu Tuan haji Ahmad Tarmizi bin Haji Musa , Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan , Encik Mohd Fakrul Rizal bin Mohamed , Kaunselor SM Imtiaz Besut dan Encik Nik Muhammad bin Nik Lib , Pengetua SMK Keterah , Kota Bharu.

Semua peserta diberi pendedahan bagimana ingin menjadikan kerja yang dilakukan selama ini mendapat keredhaan Allah.

Dalam kursus ini juga , pelbagai permaianan dalam kumpulan telah diadakan untuk memberitahu betapa pentingnya bekerja dalam sepasukan seperti ikat tali secara berkumpulan dan mengangkat dan menurunkan batang paip secara berkumpulan.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada kaunselor sekolah iaitu Puan Ramlah dan Puan Zaiton.

Tahniah dan syabas.

Permainan ikat tali dalam kumpulan

Permainan mengangkat batang paip

Slide17Slide45Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI ( dalam proses )

kursus LADAP – Video

Lawatan Penanda Aras PPD Daerah Jempol dan Jelebu

Slide1SMIYT KTRG SBT , 1 November : Pihak pengurusan sekolah hari ini telah menerima kunjungan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu Negeri Sembilan.

Mereka telah disambut oleh Pihak Pengurusan sekolah. Tujuan delegasi ini adalah untuk melihat perkembangan dan pembangunan sekolah terutama mengenai bidang Kokurikulum yang berkebetulan sekolah ini mendapat Anugerah Kokurikulum peringkat Kebangsaan.

Slide4Slide5Slide6Slide3

Produk “Dr Duster With Green Cleaner” terima Anugerah dari Pengarah JPNT

Slide9JPNT : 3 pasukan rekacipta sekolah ini telah dijemput untuk mempamerkan rekacipta dalam program Perhimpunan Bulanan JPNT bagi bulan Oktober.

Pasukan rekacipta ini dibimbing oleh Cikgu Saripah binti Embong. Peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 telah menunjukkan kemahiran berbahasa dan mempamerkan kemahiran merekacipta yang dikenali sebagai ” Dr Duster With Green Cleaner ” telah mendapat perhatian dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu , Tuan Shafruddin bin Haji Ali Hussin.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide8Slide10

Pengarah JPNT Beri Suntikan Motivasi Untuk Calon SPM 2015

IMG-20151027-WA0040ANGULLIA , MARANG : 25 Oktober , Seramai 109 calon SPM 2015 yang mengikuti Bengkel Finishing Touch SPM 2015 amat bertuah kerana Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin sudi meluangkan masa untuk memberi suntikan motivasi yang bermula 22 – 24 Oktober 2015 di Angullia Beach Resort.

Semoga segala kata-kata yang dilontarkan kepada calon SPM ini dapat diambil manafaat untuk persedian bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti.

IMG-20151027-WA0043 (1)IMG-20151027-WA0041

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.