Category: Kurikulum

SPM 2013 Telah Bermula

Slide49SMIYT KTRG SBT , 6 November : Seramai 97 calon SPM sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 yang bermula pagi tadi.

Dengan harapan yang begitu tinggi, semoga calon SPM ini akan terus melakar kejutan bagi mencipta kejayaan yang paling manis dalam hidup mereka.

Harapan guru juga agar mereka terus tenang menjawab soalan yang dikemukakan. Puan pengetua tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berjuang dan memberi motivasi agar tidak patah semangat.Terus berjuang untuk mendapatkan sebutir mutiara  yang diidamkan.

Slide2Slide51Slide6Slide31Slide36Slide43

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

SELAMAT BERJUANG WAHAI ANAK-ANAK SOLEH & SOLEHAH

PINTAR SM IMTIAZ K.TRG

Solat Hajat Perdana dan Majlis Temu Murni SPM 2013

Slide75SMIYT KTRG SBT , 14 Oktober : Program Solat hajat Perdana serta bacaan Yasin dan Majlis Temu Murni bersama ibu bapa dan guru bagi pelajar yang akan menduduki SPM 2013 telah diadakan pada hari ini.

Dimulai dengan program Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau Tok Ku Pulau Manis dan berakhir dengan majlis temu murni.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Abdullah , wakil YDP MPIBG sekolah. Terdahulu wakil ibu bapa , Encik Abdullah bin Abu Bakar telah berucap dan disusuli oleh Bonda Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Antara visi program ini adalah untuk merealisasikan hasrat warga sekolah , pelajar dan ibu bapa agar mencapai semua A iaitu 11A+ dalam SPM. Misi program ini adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai target untuk cemerlang 100% dalam semua subjek.

Disamping itu pelajar sebagai pelanggan utama yang harus diberikan perkhidmatan terbaik dalam aspek pengajaran dan bimbingan dalam kelas mahupun luar kelas.

Juga memantapkan team work guru SPM dan warga sekolah bergerak selaras dan berganding bahu bersama melakar kejayaan dalam SPM nanti.

Dalam majlis tersebut juga diumumkan 13 pelajar cemerlang percubaan SPM 2013 .

1. Muhammad Fiqree Hameez bin Mohd Rosli ( 11A)

2. Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa ( 10A 1B )

3. Mohamad Norizarul Hisyam bin Mohd Risami ( 10A 1B )

4. Muhammad Syarifulhuda bin Mohd Azeri ( 10A 1B )

5. Muhammad Ikram bin Ismail ( 10A 1B )

6. Wan Muhammad Nabil Adham bin W. Rus Selam ( 10A 1C )

7. Sharifah Nurul Husna binti Sy. Ibrahim Halmi ( 9A 2B )

8. Sharifah Nur Ain Adlina binti Sy. Alshagaf Jamil ( 9A 2B )

9. Wan Ammar Zikri bin Wan Mahmud Khairi ( 9A 2B )

10. Nur Shahirah binti Shaharuddin ( 8A 3B )

11. Adilah binti Berahim ( 8A 3B )

12. Ahmad Amin Akmal bin Mohd Rafii ( 8A 3B )

13. Nur Aina binti Abdul Aziz ( 8A 2B 1C )

Slide13Slide19Slide27Slide32Slide36Slide72

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Tahniah!!!

Peperiksaan PMR 2013 Bermula

Slide51SMIYT KTRG SBT , 2 Oktober : Seramai 107 calon PMR sekolah ini menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) 2013  yang bermula hari ini.

Sebelum memasuki dewan peperiksaan, semua pengurusan sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , wakil YDP MPIBG, Tuan Haji Omar bin Ismail yang juga merupakan AJK MPIBG serta ibubapa hadir bagi memberi motivasi dan semangat kepada calon PMR.

Kelihatan calon PMR begitu teruja untuk menghadapi peperiksaan ini. Semoga mereka akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

InsyaAllah!!

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013

RABU ( 2 Okt 2013 )

8.10 – 9.10 pg – Bahasa Melayu Kertas 1

10.20-12.20 tgh – Bahasa Melayu Kertas 2

2.30 – 4.30 ptg – Pendidikan Islam

 

KHAMIS ( 3 Okt 2013 )

8.10 – 9.10 pg – Bahasa Inggeris Kertas 1

10.20 – 11.50 pg – Bahasa Inggeris Kertas 2

2.30 – 3.45 ptg – Geografi

 

ISNIN ( 7 Okt 2013 )

8.10 – 9.10 – Sains Kertas 1

10.30 – 12.00 tgh – Sains Kertas 2

2.30 – 3.45 ptg – Sejarah

 

SELASA  ( 8 Okt 2013 )

8.10 – 9.25 pg – Matematik Kertas 1

10.40 – 12.25 tgh – Matematik Kertas 2

2.30 – 4.00 ptg – KHB ( KT / ERT / PT )

 

RABU ( 9 Okt 2013 )

8.10 – 10-.40 pg – Bahasa Arab

Slide6Slide15Slide39Slide13Slide29Slide31

Gambar calon sebelum memasuki dewan peperiksaan  sila klik DI SINI

Solat Hajat Perdana Dan Temu Murni Percubaan PMR 2013

Slide3SMIYT KTRG SBT , 14 September : Satu majlis Temu Murni bersama ibubapa dan guru telah diadakan pagi tadi di Dewan Asyatibi.

Ramai ibubapa yang hadir pada majlis tersebut. Dalam pada masa yang sama juga , satu program Solat Hajat Perdana diadakan di Surau Tokku Pulau Manis yang dihadiri semua guru tingkatan 3, ibubapa serta dif-dif  jemputan.

Dalam majlis tersebut ucapan dimulai dengan wakil pelajar tingkatan 3 iaitu adik Azizi bin Aziz kemudian wakil daripada ibubapa disusuli dengan ucapan Bonda Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Razak bin Jusoh, Pegawai Perhubungan Sekolah dari JPN.

Berikut adalah senarai12 nama pelajar cemerlang Peperiksaan Percubaan PMR 2013

1. Nur Wafi Syamimi bt Mohd Putera 9A

2. Wan Ahmad Aizat b Wan Anuar 9A

3. Muhammad Imran b Azmi 9A

4. Muhammad Lutfil Hady b Zainol Hady 8A 1B

5. Alya Farhana bt Abd Rasid 8A 1B

6. Aziz Abidin b Azmi Puat 8A 1B

7. Nurul Jannah bt Mohd Shukri Shuhaimi 8A 1B

8. Ahmad Azizi b Aziz 8A 1B

9. Wan Fatimah Az-Zahrah bt Wan Lokman 8A 1B

10. Muhammad Nuur Afif b Mohd Amran 8A 1B

11. Nik Muhammad Amar b Nik Mohd Fadzil 8A 1B

12. Sharifah Nur Aimi Syuhada bt Syed Al-Shagaf Jamil 8A 1C

 

Gred Purata Sekolah PMR Sepanjang Tahun 2013

TOV : 2.33

OTI 1 : 2.20

OTI 2 : 2.02

PRA-TRIAL : 1.88

TRIAL : 1.69

 

Slide47Slide24Slide66Slide76Slide74Slide15

Gambar selanjutnya sili klik DI SNI