Category: Kurikulum

Kem Trainer Trainee Peringkat Imtiaz Yayasan Terengganu

Slide17SMIYT KTRG SBT , 17 Ogos : Bagi menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malsysia 2014 , satu kem pemantapan subjek telah diadakan pada khamis yang lalu dan berakhir semalam.

Serama 350 pelajar tingkatan 5 seluruh SM Imtiaz Yayasan Terengganu yang terdiri daripada SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kuala Berang dan SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menghadiri kem tersebut yang diadakan di Dewan Asyatibi.

Semoga program seumpama ini akan memberi semangat baru serta mengukuhkan lagi subjek menghadapi peperiksaan tersebut.

Slide21 Slide23

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tahniah!!! SM Imtiaz Kuala Terengganu Johan Kuiz Peringkat Negeri

Slide2UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU : Dengan berbekalkan ilmu dan tunjuk ajar dari guru , akhirnya peserta dari sekolah ini telah berjaya membawa pulang Trofi di atas kemenangan dalam pertandingan Kuiz Sains Kelautan Peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh UMT.

Mereka terdirir daripada Nur Wafi Syamimi, Alya Farhana, Nadhirah dan Mastura Izzati. Bukan itu sahaja, mereka juga membawa pulang hadiah RM500.00 berserta sijil.

Tahniah dan syabas kerana mengharumkan nama sekolah di Peringkat Negeri.

Slide4Slide1Slide3

Lawatan Pengawas Sekolah SMK Seri Jengka, Pahang Darul Makmur

Slide1SMIYT KTRG SBT , 26 Mei : Pihak sekolah telah menyambut ketibaan Pelajar-pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah SMK Seri Jengka, Pahang pada pagi kelmarin. Mereka telah disambut mesra oleh Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Akademik, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM serta Kaunselor sekolah iaitu Puan Ramlah dan Puan Zaiton.

Tujuan rombongan tersebut adalah bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran bersama Majlis Perwakilan Pelajar di sekolah ini agar apa yang positif di bawa pulang ke sekolah mereka.

Slide14Slide6Slide9

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pasukan Sekolah Johan Pertandingan Geometers Sketchpad Peringkat Negeri Terengganu

Slide1KUALA TERENGGANU , 26 Mei : Sekalung tahniah dan syabas kepada peserta sekolah ini  apabila diumumkan johan bagi kategori Menengah Atas dalam pertandingan Geometer’s Sketchpad ( GSP ) bagi program Kebitaraan Matematik.

Ianya telah diadakan di Batu Buruk Beach Resort yang bermula 23 – 24 baru-baru ini. Manakala kategori Menengah Rendah hanya mendapat saguhati.

Objektifnya ialah

1. Dapat melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam bidang IT.

2. Mempertingkatkan pengetahuan pelajar dalam subjek Matematik.

3. Meningkatkan kualiti PdP dengan menggunakan BBM yang menarik.

4. Meningkatkan minat dalam kalangan pelajar terhadap subjek Matematik dengan menggunakan BBM yang dihasilkan.

 

Tahniah dan syabas!!