Kem ini merupakan program akademik yang dirancang khusus untuk membantu pelajar Tingkatan 5 meningkatkan penguasaan mata pelajaran Kimia sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2026. Program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan konsep asas, teknik menjawab soalan, analisis topik penting, serta latihan berfokus berdasarkan format peperiksaan semasa.
Diharapkan melalui penyertaan dalam Kem Kecemerlangan Kimia SPM 2026, para pelajar dapat mencapai keputusan yang cemerlang serta mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan saintifik untuk masa hadapan.
Panitia Bahasa Cina telah menganjurkan pertandingan pidato bahasa cina peringkat sekolah bertempat di Dataran Speech Corner, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu pada 19 Mei 2026. Pertandingan ini berfungsi sebagai platform untuk mencungkil bakat pengucapan awam dalam bertutur menggunakan bahasa cina, membina keyakinan diri serta memupuk kecintaan terhadap bahasa dan budaya Cina dalam kalangan pelajar.
Program ini adalah inisiatif daripada pihak Yayasan Terengganu dan telah berlangsung dengan jayanya di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bermula pada 28 hingga 30 April 2026.
Sepanjang tiga hari program, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian menarik termasuk:
Latihan komunikasi berkesan & public speaking
Pendedahan pelbagai bahasa (Arab, Inggeris, dan Mandarin)