news and informations automotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travelautomotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travel
KUALA TERENGGANU, 8 Mac : Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang berbahagia, Tuah Haji Matsor bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu pagi tadi.
Berikut adalah ucapan aluan dari Pengarah Projek SPM, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar.
” Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kita dapat berkumpul dalam majlis ini. Terima kasih kepada Tuan Haji Matsor Bin Ismail kerana sudi menerima jemputan kami dan kepada semua ibubapa yang sudi menghadiri majlis ini bagi memberi perangsang kepada anak-anak kita agar sentiasa memburu kecemerlangan yang berterusan sehinggalah ke akhirnya.
Apabila disebut perkataan memburu, disitu sudah terkandung palbagai elemen, bila nak berburu mesti ada sasarannya (rusa,kijang,landak,kancil),mesti cukup kelengkapannya (senapang,peluru,lembing,pisau), ada strateginya (siang ke malam,perangkap), dan kekuatan (berjalan jauh,tak tidur), tapi kesemuanya itu tidak akan menjadi jika tiada kemahuan”.
Bagi merealisasikan kecemerlangan para pelajar ini, pihak projek kecemerlangan PMR dan SPM telah mengatur banyak aktiviti bermula dari akhir tahun 2011 lagi dengan mengadakan perkampungan ilmu bagi calon PMR dan SPM 2012. Antara program yang telah dilaksanakan oleh Pihak projek kecemerlangan PMR ‘THE LUMINOUS PEARL PMR TEAM’
1) Program Heart to Heart
2) Program Art of learning
3) Penyerahan anak angkat pengurusan
Manakala bagi pihak projek SPM ‘THE EMERALD SPM TEAM’ pula telah melaksanakan
1) Gempak Genius Class
2) Teknik menjawab soalan sempena Peperiksaan TOV
3) Lawatan Ilmiah Ke SAMBEST Subang Jaya
Sesungguhnya, calon PMR dan SPM tahun ini merupakan calon-calon yang mempunyai potensi yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan. Hal Ini telah dibuktikan dengan pencapaian yang cemerlang dalam TOV baru-baru ini yang mana pencapaiannya adalah lebih baik dari tahun lepas. Oleh itu kami pihak sekolah amat berharap dan berbesar hati agar para ibu bapa dapat membantu kami dalam merealisasikan kecemerlangan PMR dan SPM pada tahun ini.
Dalam ucapan Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, beliau amat berbesar hati atas kehadiran Tuan Haji Matsor bin Ismail walaupun banyak tugasan lain namun beliau begitu Komitment untuk melihat kecemerlangan sekolah imtiaz K.Terengganu.Beliau juga amat terharu atas kehadiran ibubapa yang datang dari jauh untuk meraikan anak mereka sendiri . Tidak lupa juga kepada guru yang sentiasa patuh terhadap tugas-tugas serta Jawatankuasa Projek yang telah berjaya mengadakan majlis pada hari ini.
Menurut beliau lagi, program kecemerlangan setiap buah sekolah merupakan program yang sentiasa diadakan tapi atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik, pihak sekolah tetap mengadakan program ini dan telah mengatur pelbagai agenda dan aktiviti untuk mempastikan pelajar berjaya seperti yang diharapkan. Dan memang menjadi harapan sekolah untuk melihat kejayaan pelajar dari tahun ke tahun.Pada tahun lepas, pihak sekolah telah mensasarkan 1.06 untuk PMR tetapi hanya mendapat 1.11 bagi gred purata. Namun pada tahun ini pihak sekolah tidak berputus asa dan mensasarkan 1.04 bagi gred purata . InsyaAllah dengan seawal program yang telah bermula sebelum penggal persekolahan lagi, sama-samalah kita mendoakan sasaran tersebut akan menjadi realiti.
Manakala Sijil Pelajaran Malaysia yang mungkin dijangka akan diketahui pada 22 Mac ini, target sekolah ialah 1.41 Pada tahun ini pihak sekolah tetap mensasarkan target yang sama. Kepada semua calon PMR dan SPM, yakinlah bersama dengan usaha pelajar, pengorbanan guru, ibubapa, JPN, kerajaan Negeri , Yayasan Terengganu dan semua pihak yang sentiasa mendoakan kejayaan pelajar boleh berjaya dengan cemerlang.
Galeri gambar