Tag: perkhemahan

Satu Khemah Seribu Kenangan

Program Perkhemahan Unit Beruniform telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan penglibatan aktif daripada para pelajar. Program ini merupakan salah satu platform penting dalam membentuk sahsiah, disiplin, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Sepanjang perkhemahan berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti dan pengisian yang mencabar serta menyeronokkan. Antaranya termasuk aktiviti pembinaan khemah, latihan kawad kaki, aktiviti berkumpulan, ikhtiar hidup dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat menguji ketahanan fizikal dan mental.

Program ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah kemahiran kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk sikap saling bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan.

Diharapkan program seperti ini dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para peserta serta menjadi medan dalam melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin, berdaya tahan dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perkhemahan Unit Beruniform 2025

Perkhemahan badan beruniform di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2025 yang melibatkan 171 orang pelajar Tingkatan 2-4 dengan pelbagai aktiviti. Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diadakan bagi mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam menambah bakat kepimpinan serta semangat bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Program ini juga memberi pengalaman baru kepada pelajar untuk memasang khemah dan membina gajet dengan ikatan – ikatan yg telah dipelajari sebelum ini.

Objektif bagi program ini adalah:

1️⃣ Memperkembangkan potensi, bakat dan kebolehan pelajar dalam aktiviti perkhemahan.
2️⃣ Menghasilkan kerjasama berkumpulan dalam kalangan pelajar.
3️⃣ Melahirkan pelajar yang bersifat kepimpinan dalam menguruskan pasukan masing-masing.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perkhemahan Perdana Imtiaz 2015

Slide3TELUK KETAPANG : Perkhemahan Perdana Imtiaz 2015 telah diadakan pada 20 – 22 Ogos baru-baru ini di Kem Pengakapa Tengku Muhammad Ismail , Telaga Batin yang melibatkan semua SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Pada tahun ini SM Imtiaz YT Dungun telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah perkhemahan. Sebanyak 7 bua sekolah yamg terlibat anataranya ialah SM Imtiaz YT Besut , SM Imtiaz YT Setiu , SM Imtiaz YT Kuala Terengganu , SM Imtiaz YT Kuala Berang , SM Imtiaz YT Kemaman , SM Imtiaz YT Kuala Nerus  dan SM Imtiaz YT Dungun selaku tuan rumah.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Compas Matching , Ikatan , Pertolongan Cemas , Masakan rimba , Malam Kebudayaan , Gajet dan Kawad kaki. Keputusan pertandingan sila klik DI SINI

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz ,Encik Mazlan bin Che Wil.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Slide35Slide78Slide171Slide215

Perkhemahan Badan Beruniform & Pertandingan Kawad Kaki Tahun 2015

Slide3SMIYT KTRG SBT , 25 April : Perkhemaqhan Tahunan ini telah diadakan di padang SMIYT KTRG bermula 23 dan berakhir hari ini.

Perkhemahan Badan Beruniform dan Pertandingan Kawad Kaki merupakan satu program yang dirancang bagi menanam semangat jati diri di samping memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang kemahiran asas dalam perkhemahan. Selain itu, perkhemahan dan Kawad kaki yang diadakan ini juga merupakan satu usaha yang berkesinambungan dengan perkhemahan tahunan yang sebelum ini dilaksanakan di sekitar sekolah.

Pelbagai acara menarik diadakan. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Encik Azwandi bin Mohamad , Penolong Pengarah Ijtihadik , Bahgaian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.

Syabas dan tahniah diucapka kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam perkhemahan ini.

Slide12Slide119Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.