Tag: hem

Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Murid (MPM) 2025

Program “Kem Kepimpinan MPM 2025” telah diadakan selama 3 hari berturut-turut yang melibatkan 155 orang ahli MPM bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 4 (77 banin dan 78 banat). Kem ini merupakan anjuran Unit MPM dan HEM yang bertempat di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dan Taman Rekreasi Bukit Besar, Kuala Terengganu. Kem kepimpinan bertujuan untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Program ini juga bertujuan untuk melatih, mendedahkan dan melahirkan pemimpin-pemimpin sekolah yang mempunyai jati diri, semangat kerja berpasukan dan asertif diri yang tinggi.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo.1

KEM PEMANTAPAN KEPIMPINAN MPM 2024

25 Ogos 2024 – Seramai 104 Majlis Pengawas Murid ( MPM ) yang terdir daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4 telah menghadiri Kem Pemantapan Kepimpinan MPM yang diadakan bermula 23 – 25 Ogos 2024 bertempat di RAMD 18 ( Para ) Kem Seri Apantai Kuala Nerus Terengganu.

Ianya adalah anjuran Unit HEM SMIYKT yang bertujuan mendedahan kepada pengawas agar sentiada cakna mengenai disiplin pelajar serta dapat mengeratkan hubungan 2 hala antara guru dan murid.

TAKLIMAT KHAS KEPADA PELAJAR ASRAMA 2020

SMIYKT SBT KTRG : Satu taklimat khas telah diadakan pada 1 Januari 2020 yang lalu kepada semua pelajar asrama bagi menghadapi tahun 2020.

Pelajar merasa kehadiran mereka ke Asrama begitu dihargai oleh Pengurusan & Warden serta dapat memahami tentang peraturan AsramaSlide1

Slide2