Tag: badar

Kem Tahsin Solat Tingkatan 1

Program “Kem Tahsin Solat” adalah program di bawah kelolaan pihak BADAR dan dibantu oleh fasililator seramai 15 orang daripada Madrasah Seberang Tuan Cik.

Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan Satu. Fokus utama program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mendedahkan dengan lebih mendalam serta memantapkan lagi cara solat dalam kalangan pelajar tingkatan satu bagi merealisasikan matlamat Imtiaz untuk melahirkan generasi Ulul Albab.

  1. Mendedahkan kaedah ibadat yang sempurna dan mantap dalam kalangan pelajar.
  2. Membentuk sahsiah murid yang unggul melalui pengetahuan solat yang mendalam.
  3. Memberi pendedahan tentang masalah yang sering berlaku dalam kalangan
    pelajar ketika melakukan solat.
  4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan fasilitator

Galeri gambar boleh layari DI SINI.

BADAR Agih Bubur Lambuk

Slide10SMIYT KTRG SBT , 24 : Badan Dakwah dan Kerohanian ( BADAR ) petang semalam telah mengagihkan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa kepada semua guru, kakitangan serta pelajar.

Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti BADAR dalam bulan puasa ini dan diharapkan menjadikan acara tahunan untuk masa akan datang.

Ramai guru dan kakitangan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada BADAR yang sedia memberi sumbangan dan diharapkan usaha yang murni ini berterusan di masa akan datang.

Slide17Slide7Slide11

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Program Bersama Imam Muda Fakhrul Razi

KUALA TERENGGANU, 4 Mac : Finalis Imam Muda 2011, Imam Muda Fakhrul Razi telah diundang ke majlis sesi ceramah yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kerohanian dengan kerjasama unit Asrama telah diadakan pada malam ini.

Majlis ini bermula jam 9.45 dan berakhir 11.15 malam. Menurut Setiausaha Badan Dakwah dan Kerohanian, Ustaz Wan Ubaidillah bin Wan Nawi, program ini bertujuan memberi pendekatan dakwah serta ilmu kepada pelajar disamping berkongsi pengalaman dengan penceramah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani.

Gambar selanjutnya.