Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR dan SPM 2011

KUALA TERENGGANU, 24 Mei : Masjlis ini telah di adakan mulai jam 10.00 pagi di dewan Asyatibi.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ( MAIDAM ) Tuan haji Harujan bin Sulaiman telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis ini.

Turut hadir ialah Ustaz Yaakub bin Abdullah, Penolong Setiausaha Agihan Zakat MAIDAM, Tuan Haji Jain bin Awang Timbalan Yang Dipertua MPIBG, Tuan Haji Aziz bin Wahid, Penolong Pesuruhjaya Sumber Manusia Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN dan Ustaz Awi juga dari jabatan yang sama serta ibubapa bagi pelajar yang menerima hadiah.

Mereka telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Penolong Kanan, Ketua-ketua Jabatan serta semua guru.

Antara objektif majlis ini ialah bagi menghargai usaha pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian cemerlang di peringkat sekolah.

Disamping itu juga dapat member rangsangan agar pelajar terus bermotivasi untuk membuat lonjakan dalam akademik dan hafazan sejajar kea rah kecemerlangan sekolah dan juga mewujudkan persaingan positif antara pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan hafazan seimbang dengan kecemerlangan sahsiah.

Seramai 62 orang pelajar cemerlang PMR 2011 dan 20 orang pelajar cemerlang SPM 2011 telah diberi penghargaan dalam majlis tersebut .

Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada penerima anugerah cemerlang PMR dan SPM 2011.

Anugerah Pelajar terbaik PMR 2011 ialah Nabilah Hamdiah bt Che Sammudin yang mendapat 9A, Anugerah Pelajar terbaik SPM 2011 pula ialah Alia Nurfarahain bt Mohd Rujhan yang mendapat 11A manakala anugerah pelajar Mithali 2011 ialah Mohd Safwan bin Md Shaimi.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang 2 buah iPad untuk pelajar terbaik PMR dan SPM 2011 iaitu Dato’ Suhaimi bin Shahadan yang merupakan pengerusi Kolej Politech MARA, Cheras Kuala Lumpur.

Gambar penerima hadiah sila KLIK

Majlis Khatam al-Quran

KUALA TERENGGANU, 24 Mei : Majlis ini merupakan aktiviti tahunan sekolah.

Majlis tersebut telah di adakan di dewan Asyatibi bermula jam 8.30 pagi. Menurut Ketua Jabatan al-Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, seramai 59 orang pelajar  seramai 59 yang telah khtama mei 2011 hingga Mei 2012 telah diraikan.

Seramai 37 orang pelajar telah menerima pen digital dan sijil manakala 22 orang khatam dalam tempoh 3 tahun telah menerima pen digital, sijil dan wang RM100 setiap seorang  sumbangan MPIBG sekolah serta Koperasi.

Gambar menarik sila KLIK

Bengkel Hala Tuju Kecemerlangan Sekolah

KUALA TERENGGANU, 20 Mei : Bengkel ini telah diadakan pada 18 hingga 19 Mei di Tasek Kenyir yang melibatkan semua guru akademik termasuk STJ dan sambilan.

Tujuan bengkel ini di adakan adalah untuk menetapkan hala tuju yang jelas terhadap visi sekolah menerusi perbincangan antara pengurusan sekolah dan guru.

Disamping itu juga menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi meningkatkan kecemerlangan murid dalam semua bidang melalui bengkel dan perkongsian idea sesama guru.

Ianya juga bagi mencari strategi-strategi baru untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ( budaya cemerlang guru dan pelajar ) dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru.

Menurut Ketua Urusetia Bengkel, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani yang merupakan Penolong Kanan HEM, senario program ini dimulai dengan pembukaan program di dewan sekolah oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah bagi Bengkel Analisis SWOT.

Seterusnya perbincangan strategi-strategi baru kecemerlangan sekolah di Pulau Lasir Tasek Kenyir.

Aktiviti lasak ( kembara mengenal Kelah ) untuk menguji ketahanan fizikal guru di Santuari Kelah Pulau Petang.

Akhir sekali majlis rumusan dan penutup di Petang Island Resort.

Menurut beliau lagi, maklum balas dari guru, mereka sangat berpuashati kerana program ini dibuat atas rumah bot dan berbentuk santai.

Gambar menarik sepanjang program

Pendaftaran 2 pics

Bengkel satu 18 pics

Bertolak ke Tasek Kenyir 22 pics

Solat Jumaat di Masjid Dula 2 pics

Tiba di Tasek Kenyir 20 pics

Taklimat Pegawai Ketengah 6 pics

Menaiki Bot ke Pulau Lasir 30 pics

Menikmati Suasana di atas bot 50 pics

Panorama di Tasek Kenyir 36 pics

Tiba di Pulau Lasir 5 pics

Menuju ke Rehlah Minda 22 pics

Bengkel dua 8 pics

Bertolak ke Petang Island – 3pics

Tiba di Petang Island -11pics

Bertolak ke Lubuk Kelah -15pics

Perjalanan ke Lubuk Kelah -25pics

Tiba di Lubuk Kelah Merah -6pics

Tiba di Lubuk Kelah Kejor -23pics

Bertolak pulang -8pics

Makan tengahari di Petang Island Resort -41pics

Rumusan Bengkel -24pics

Tiba di Pengkalan Gawi -17pics

Bertolak pulang ke sekolah -3pics

Selamat tiba di dataran sekolah -5pics


Sambutan Hari Guru 2012

KUALA TERENGGANU , 16 Mei : Sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini ‘ Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’, majlis tersebut telah di adakan di dewan Asyatibi dengan penuh meriah.

Turut meraikan program ini, pihak sekolah telah mengundang seorang pegawai yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Tuan Haji Abd Razak bin Jusoh dari Jabatan Pelajaran Terengganu.

Sebelum acara dimulakan, satu persembahan Pasukan Kompang Sekolah telah menunjukkan kelainan dalam persembahan mereka. Ramai kalangan guru terpegum melihat persembahan mereka.

Teks ucapan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Dalam majlis tersebut beliau juga mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru kerana telah banyak berjasa dan tidak pernah jemu dalam  memberi komitment yang tinggi selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada bekas pelajar sekolah ini kerana hadir sama bagi memeriahkan Sambutan hari Guru peringkat Sekolah.

Dalam majlis yang sama, pihak sekolah telah meraikan 3 orang guru bagi mengucapkan selamat menyambut hari jadi kepada Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Ustaz Wan Ubaidillah dan Cikgu Marhaini.

Tidak lupa juga pihak sekolah telah memberi penghargaan kepada panitia yang telah mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan mencipta blok panitia iaitu kepada panitia sejarah JOHAN, panitia Sains NAIB JOHAN dan Panitia KHB TEMPAT KETIGA.

Gambar selanjutnya

Video

Persembahan Sajak dari Pengurusan Sekolah

Persembahan Kompang

 

LOGO & LAGU

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

LOGO IMTIAZ

LAGU IMTIAZ

Ya rabbi anta maksudi
Keredaanmu tuntutan kami
Imtiaz KOSPINT kami sayangi
Mendidik kami erti insani

Allah dan rasul dalam ingatan
Quran dan hadis jadi pegangan
Akhlak Al-Quran diterapkan
Ilmu dan budi jadi asuhan

Akademik cemerlang pemimpin terbilang
Menerajui ummah penuh gemilang
Imtiaz KOSPINT kami sanjungi
Namamu tersemat di sanubari

Lirik Lagu:
Pn. Mardziah Che Abdullah (Mantan Pengetua)

Komposer Lagu:
En. M. Shahril M. Anip

HUBUNGI KAMI

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

📞
TELEFON 09-619 5111
📠
FAKS 09-619 5112
📍 ALAMAT SEKOLAH

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

📍 LOKASI SEKOLAH

ALUAN PENGETUA

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

MD IMRAN BIN MD NOR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz.

Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan.

Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz Al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Melahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.”

Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MD IMRAN BIN MD NOR
PENGETUA CEMERLANG
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Bangunan KOSPINT
Bangunan Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Penubuhan KOSPINT

Pintu masuk KOSPINT
Pintu masuk Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 Jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.

Perasmian rasmi KOSPINT
Perasmian rasmi KOSPINT oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Bas KOSPINT
Bas Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Dato’ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.