KUALA TERENGGANU , 16 Mei : Sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini ‘ Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’, majlis tersebut telah di adakan di dewan Asyatibi dengan penuh meriah.

Turut meraikan program ini, pihak sekolah telah mengundang seorang pegawai yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Tuan Haji Abd Razak bin Jusoh dari Jabatan Pelajaran Terengganu.

Sebelum acara dimulakan, satu persembahan Pasukan Kompang Sekolah telah menunjukkan kelainan dalam persembahan mereka. Ramai kalangan guru terpegum melihat persembahan mereka.

Teks ucapan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Dalam majlis tersebut beliau juga mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru kerana telah banyak berjasa dan tidak pernah jemu dalam  memberi komitment yang tinggi selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada bekas pelajar sekolah ini kerana hadir sama bagi memeriahkan Sambutan hari Guru peringkat Sekolah.

Dalam majlis yang sama, pihak sekolah telah meraikan 3 orang guru bagi mengucapkan selamat menyambut hari jadi kepada Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Ustaz Wan Ubaidillah dan Cikgu Marhaini.

Tidak lupa juga pihak sekolah telah memberi penghargaan kepada panitia yang telah mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan mencipta blok panitia iaitu kepada panitia sejarah JOHAN, panitia Sains NAIB JOHAN dan Panitia KHB TEMPAT KETIGA.

Gambar selanjutnya

Video

Persembahan Sajak dari Pengurusan Sekolah

Persembahan Kompang