Pihak Pengurusan HEM, Unit 3K SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Gotong royong Madani yang bertujuan untuk meningkatkan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan sekolah, serta memupuk perpaduan dan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Program ini melibatkan kerjasama antara guru, kakitangan,pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekolah. PIBG Madani bertujuan mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa dan komuniti kampung sekaligus mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
International Youth Centre, K. Lumpur, 9-10 Ogos 2025 : TAHNIAH & SYABAS!!! kepada pelajar Tingkatan 2, SM Imtiaz YT KUALA TERENGGANU, Aira Nur Maisarah binti Abdullah Fuad kerana telah merangkul tiga anugerah bertaraf antarabangsa dalam Borneo International Innovation Creativity Competition (BIICC) 2025 yang telah berlangsung pada 26-30 Jun 2025. Anugerah tersebut diraih menerusi projek infografik bertajuk ‘When They Disappear, So Do We’, yang membolehkan Aira Nur Maisarah membawa pulang ‘Gold Medal’, ‘Platinum Award’ serta ‘Best Infographic Poster Award’ yang diumumkan di International Youth Centre, Kuala Lumpur, semalam. Proses dalam penyediaan projek telah di bantu oleh dua orang guru pembimbing Ustaz Zaimuddin bin Anizan dan Ustaz Abdul Rashid bin Al Muzmi. Pertandingan seumpama ini dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta mampu bersaing di peringkat global.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada kepada Pihak Pengetua, Pengurusan iKT, guru-guru, ibu bapa dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas usaha, komitmen dan pengorbanan yang diberikan untuk kejayaan ini.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Perhimpunan rasmi sekolah kali ke-6 telah diadakan pada hari ini sebagai acara mingguan yang diadakan di sekolah untuk pelbagai tujuan termasuk membina disiplin, memupuk semangat patriotik dan menyampaikan maklumat penting. Perhimpunan ini juga menjadi platform untuk membudayakan kemahiran mencatat dan meningkatkan daya fokus murid.
Berikut adalah merupakan agenda yang telah disusun untuk perhimpunan rasmi ini:
Taman Tamadun Islam, 9 Ogos 2025 : Program Jelajah Huffaz Mumtaz adalah program yang dikhususkan untuk semua pelajar Tingkatan 2 yang berada dalam kategori cemerlang bagi subjek hafazan. Seramai 31 orang pelajar yang telah menghafaz juzuk ke-11 dan ke atas telah terpilih untuk mengikuti program ini. Program ini juga adalah salah satu usaha Unit Al-Quran Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu dalam memberi penekanan tentang komitmen dan kesungguhan pelajar-pelajar berkenaan untuk terus bersemangat meningkatkan kualiti hafazan mereka seterusnya dapat khatam Al-Quran sebelum masuk ke Tingkatan 4. Program ini dikendalikan oleh guru-guru Al-Quran Tingkatan 2 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu.
Objektif bagi program ini adalah:
1️⃣ Membantu pelajar untuk terus komited dan bersemangat untuk meningkatan hafazan serta khatam pada waktu yang ditetapkan. 2️⃣ Memupuk kesedaran supaya pelajar lebih bermotivasi untuk menghafaz dan mencapai sukatan yang telah ditetapkan. 3️⃣ Menggembleng kerjasama erat pelbagai pihak ke arah membantu pelajar menghabiskan silibus hifz dengan jayanya.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.