Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan & Ceramah Ambang Ramadan 1447H

Kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat ini hendaklah disambut dan dihayati dengan amalan yang berfaedah. Semoga Program Ihya Ramadan yang akan dijalankan ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Semoga Ramadan kali ini menjadi tarbiyyah ruhiyyah dalam mendidik pelajar menjadi muslimin dan muslimat yang bertaqwa.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Lawatan Penanda Aras dari MRSM Sungai Besar, Selangor

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Bengkel Pengendalian Drone & Pesawat UAV Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz YT

Dalam meningkatkan kreativiti dan pemikiran kritis di kalangan pelajar Imtiaz, terutamanya dalam menerapkan teknologi drone dalam aktiviti kokurikulum dan penyelidikan pendidikan, pihak Yayasan Terengganu melalui Bahagian Pengurusan Imtiaz dengan usahasama Media Everbest Sdn. Bhd & Pusat UAV SMK Bukit Sawa menganjurkan Bengkel Pengendalian Drone pada hari ini bertempat di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memperkenalkan peserta kepada teknologi drone serta aplikasi praktikalnya dalam pendidikan dan kehidupan seharian. Selain itu, bengkel memberi pendedahan tentang asas pengendalian dron, keselamatan penerbangan, dan potensi penggunaannya dalam bidang pendidikan STEM.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Graduasi & Anugerah Hafazan Kali Ke-16

Taman Tamadun Islam, 29 Januari: Seramai 97 orang pelajar hufaz yang berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dari SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah  dijemput hadir ke Majlis Graduasi & Anugerah Hafazan Kali Ke-16 Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab , semua Pengetua Sekolah-sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu, Pegawai dari Yayasan Terengganu serta ibu bapa penerima anugerah.

 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.