Slide2SMIYT KTRG SBT , 9 Januari : Setelah hampir seminggu pelajar tingkatan 1 mendaftar sebagai warga imtiaz, pada hari ini satu majlis penutup telah diadakan sempena minggu suaikenal yang diadakan di dewan Asyatibi dan disempurnakan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Terdahulu dari itu, banyak program yang telah dibuat kepada pelajar baru agar mereka bersedia untuk menghadapi alam baru di sekolah ini. Yang terbaru ialah gotong royong membersih kawasan berhampiran pantai Batu Buruk.

Tahniah semoga menjadi anak soleh dan solehah pintar yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Slide4Slide3Slide1