Slide14SMIYT KTRG SBT , 24 Julai : Satu majlis ringkas tapi penuh makna iaitu program ambang Aidilfitri telah diadakan hari ini sempena menyambut kedatangan 1 syawal 1435H iaitu kaum muslimin dan muslimat merayakan hari yang penuh kesyukuran ini setelah menempuh bulan ramadhan Al Mubarak.

Pihak sekolah juga telah memberikan sumbangan raya berbentuk duit raya kepada pelajar yang berkelayakan.Di akhir majlis, program bersalam-salaman antara guru dan pelajar menandakan tanda kasih guru terhadap anak didiknya.

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1435H / 2014M

MAAF ZAHIR & BATIN