Slide36 Seramai 8 pelajar tingkatan 5 bersama PuanPengetua dan Puan Marhaini mengikuti Pelancaran Buku Sains Solat Dan PerasmianKlinikTerapi Sains Solat di  Pusat Inovasi Kejuruteraan Perubatan, JabatanKejuruteraan Bio Perubatan, Universiti Malaya pada 27 – 28 Januari yang lalu.. Program ini dirasmikan oleh YB.Dato’ Seri Idris Jusoh, MenteriPendidikan II.

Kajian Sains Solat ini diketuai oleh Profesor Fatimah Ibrahim.Beliau banyak membuat kajian tentang solat dan menerbitkan beberapa buku seperti Kebaikan Solat Dari Perspektif Sains,Rawatan Sakit Pinggang Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat, Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perpektif Holistik, SenamanReganganPergerakan Solat dan Solat Sebagai Terap iminda.

Kami didedahkan dengan kepentingan penjagaan kesihatan sekaligus menerangkan kebaikan bersolat dalam penjagaan kesihatan yang betul yang telah terbukti melalui alatan-alatan yang digunakan dalam kajian sains solat. Terdapat beberapa peralatan moden yang dapat membaca minda dan fungsi keseluruhan komponen dalam tubuh badan manusia di Klinik Terapi Sains Solat.

Semoga pendedahan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar agar merealisasikan program Ulul Albab dari segi Quranik,Ijtihadik, dan Ensiklopedik sebagai cabaran dimasa akan datang.

Slide35Slide32Slide14Slide6Slide17Slide19

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI