Menurut Pengurus Projek SPM 2011, Puan Rosni binti Jaffar@Harun, program ini telah di adakan selama 3 hari iaitu bermulai 15 hingga 17 julai 2011 yang telah dianjurkan oleh unit HEM bersama Projek SPM 2011.

Pihak sekolah telah menjemput Qulhaq Consultant di bawah kendalian Cr. Muhamad Tajudin bin Mustafa bagi mengendalikan program tersebut.

Tujuan di adakan program ini adalah untuk memantapkan lagi sahsiah pelajar disamping mendedahkan kepada pelajar tentang strategi dan kaedah belajar yang efisyen dan praktikal.

Tambahnya lagi, program tersebut bertujuan membimbing pelajar mengatasi halangan-halangan utama dalam mengejar kejayaan.