Kelayakan masuk

Semua calon yang ingin memasuki SM Imtiaz hendaklah memenuhi kreateria seperti berikut.

1. Mestilah mendapat 5A dalam UPSR – panduan

2. Mengikuti ujian bertulis terjemahan  rumi ke jawi – panduan

3. Mengikuti ujian hafazan Al Quran – panduan

12 comments on “Kelayakan masuk

  1. Mazlan bin Ahmad Mansor says:

    Assalamuakaikum:
    Saya berminat untuk menghantar anak saya ke tingkatan 1di Imtiaz Kuala Terengganu bagi sessi 2013. Berikut adalah serba sedikit tentang anak saya:
    Nama: Anas bin Mazlan
    Darjah 6
    Sekolah Kebangsaan Tun Syed Shahabuddin, Ayer Keroh (Taman Tasik Utama) Melaka
    Sekolah Rendah Agama JAIM Taman Tasik Utama
    Pencapaian:
    SRA:
    1. UPKK 8A
    2. Ujian Hafazan AlQuran: Lulus A
    SK Tun SAS:
    1. Ujian Gerak Gempur UPSR 1: 3A 1B 1C
    2. Ujian Gerak Gempur UPSR 2: 5A
    3. Ujian Percubaan UPSR: 5A
    Aktiviti Lain:
    1. Outdoor (Hiking & Camping)
    2. Cycling

    Sekiranya anak saya layak, sila maklumkan cara-cara permohonan supaya saya tidak terlepas peluang ini. Untuk makluman, saya, isteri dan anak-anak adalah anak kelahiran Terengganu dan menetap di Melaka.

    Sekian Wassalam

    • admin says:

      Assalamualaikum saudara Mazlan. Terima kasih kerana tuan berminat untuk memasukkan anak tuan di sekolah Imtiaz. Untuk makluman tuan, syarat yang penting sekali ialah UPSR mestilah mendapat 5A. Sekiranya anak tuan berjaya mendapat keputusan tersebut nanti, pihak kami mengalu-alukan kedatangan anak tuan dan menjadi warga Imtiaz. Untuk keterangan lanjut, tuan bolehlah menghubungi pihak Yayasan Terengganu Bahagian Pengurusan Imtiaz http://www.myimtiaz.com.my/v2/ atau menghubungi di talian 09-6221082.

  2. ABDUL AZIZ MOHAMAD says:

    Assalamualaikum…
    Just wanna ask,
    If i want to apply to be a teacher there,do i need to apply to the Ministry of Education or there is other way?

  3. Nora says:

    Assalamualaikum

    Saya berminat untuk menghantar anak saya belajar di tingkatan 1 2013 di Imtiaz KT.
    Kami berasal dr Terengganu tapi sekarang menetap di Brunei tapi akan kembali ke Malaysia mungkin tahun hadapan.

    Maklumat anak saya:
    Nima : Anis Amyra Azmi
    Tarikh lahir: 23 sep 2000
    Makumat sekolah:
    Bersekolah di Brunei dr darjah 1-6.
    Akan menduduki peperiksaan ‘Peperiksaan Sekolah Rendah ( PSR) pada Oktober ini ‘ -setara dengan UPSR

    Layakkah saya memohon kemasukan menggunakan result PSR Brunei?

    sekian, terima kasih

  4. Dr Shamsul Bahri B. Abd Razak says:

    Assalamualaikum.

    Saya berminat untuk mendaftarkan anak saya ke sekolah imtiaz. Untuk makluman tuan anak saya sedang menuntut di dalam tingkatan 2 SMK Subang Bestari. Anak saya mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR (2010) namun tidak di daftarkan kemasukan ke sekolah asrama penuh di atas sebab-sebab perpindahan saya ke luar negara. Sekarang saya akan bertugas ke Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu, tanah kelahiran saya. Bagaimanakah saya ingin mendaftar anak saya untuk tahun 2013 (tingkatan 3) di Imtiaz Kuala Teregganu.

    Sekian. Terimakasih.

    Wasallam.

    Dr. Shamsul Bahri B. Abd Razak

    • admin says:

      Waalaikum Salam

      Dr. Shamsul, terima kasih kerana berminat untuk mendaftarkan anak Dr ke Sekolah kami.

      Untuk makluman Dr, Sekolah kami hanya menerima kemasukan pelajar tingkatan 1 dengan keputusan 5A sahaja dan anak Dr. telah mendapat keputusan tersebut.

      Walaubagaimanapun kemasukan pelajar berkenaan hanya untuk tahun semasa sahaja. Untuk makluman Dr, segala proses kemasukan pelajar di seluruh Sekolah Imtiaz adalah melalui Yayasan Terengganu. Pihak Kami hanya menerima senarai nama daripada pihak Yayasan sahaja.

      Pihak kami cadangkan agar Dr berhubung terus Yayasan Terengganu Bahagian Pengurusan Imtiaz untuk penerangan dengan lebih lanjut lagi di talian 09-6221733 atau boleh melayari website imtiaz di http://www.myimtiaz.com.my/v4/ .

      Harap maklum

  5. intan says:

    adakah permohonan imtiaz hanya untuk pelajar ting. 1 sahaja? bagaimana dengan pelajar ting 4 2013 yang berminat?

  6. Umar says:

    Saya telah mendaftarkan permohonan anak saya secara online, jadi ingin mengetahui pada minggu bilakah sesi temuduga untuk permohonan masuk ke tingkatan 1 2013 akan diadakan?

    • admin says:

      Kebiasaannya awal bulan disember. Tuan dinasihatkan supaya melayari website ini dari masa ke semasa bagi mengetahui panggilan temuduga. Harap maklum

  7. isma says:

    macam mana saya nak tahu nama anak saya ada dalam senarai temuduga pada tarikh yang tertera.

  8. Assalamualaikum,

    Bagi sesi 2017, bila tarikh pendaftaran akan dibuka dan bagaimana pula kaedah pendaftaran nya.
    Maklum balas amat diperlukan untuk memanfaatkan peluang.

    Terima kasih.

    Zuriah

    • admin says:

      Wassalam. Pendaftaran kemasukan pelajar pelajar baru bagi tahun 2017 adalah pada bulan januari 2017 selepas proses temuduga diadakan pada bulan disember 2016.

      Bagi pelajar yang ingin memasuki sekolah imtiaz Yayasan Terengganu perlu mengisi secara online sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan. Hanya pelajar yang mendapat keputusan 5A / 6A sahaja layak memohon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.