Slide34SMIYT KTRG SBT , 4 April : Timbalan MPIBG , Encik Jain bin Awang hari ini telah merasmikan Pelancaran Wakaf Ilmu , Program Nilam dan Kdem Membaca 1Malaysia di dewan Asyatibi.

Terdahulu dari itu , beliau telah diiringi oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman , Semua Penolong Kanan , Ketua Jabatan , guru serta pelajar.

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana dan seterusnya disumbangkan kepada Pusat Sumber Sekolah. Ianya juga dapat meningkatkan masa membaca bahan yang berfaedah dalam kalangan pelajar.

Diamping itu juga, pelajar dapat menilai bahan bacaan dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod membaca yang telah dikhaskan.

Dalam majlis ini, semua tetamu serta pelajar dapat melihat perembahan pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 yang begitu mengasyikkan.

Slide9Slide10Slide16Slide19Slide43

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Perembahan Pelajar – Video 1

Persembahan Pelajar – Video 2 ( sedang proses )