Category: Maklumat Am

Majlis Kesyukuran & Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Slide62SMIYT KTRG SBT , 22 Ogos : Satu Majlis Kesyukuran dan Sambutan Hari Raya telah diadakan hari ini. Ianya berlangsung dengan penuh keriangan dan keyukuran.

Bermula dari pagi lagi semua guru dan kakitangan berganding bahu mengadakan gotong royong bagi persiapan majlis tersebut. Ramai yang hadir menikmati hidangan makan tengahari. Bekas pelajar sekolah ini juga tidak ketinggalan dan mengambil peluang menikmati hidangan tersebut.

Majlis ini diadakan kerana meraikan kejayaan sekolah terutamanya mendapat banyak anugerah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) , New Deals 3 tahun berturut-turut.

Tahniah dan syabas

Slide22Slide8Slide48Slide66Slide42Slide36

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Khatam Tadarrus

Slide2SMIYT KTRG SBT , 30 Julai : Majlis Khatam Tadarrus telah diadakan tengahari tadi yang melibatkan semua guru dan pelajar. Ianya adalah sempena Majlis Khatam Al-Quran yang akan bermula petang nanti dan selepas itu semua guru dan pelajar akan berbuka puasa bersama-sama di dewan makan.

Semoga program seumpama ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Slide6Slide13Slide17

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Hari Mengundi

Slide7SMIYT KTRG SBT , 10 Julai : Bermula jam 8.30 pagi tadi, semua pelajar dan guru berpusu-pusu ke Dewan Asyatibi bagi mengundi calon Presiden dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) bagi sesi 2013 / 2014.

3 pelajar lelaki dan 3 pelajar perempuan telah dicalonkan bagi merebut kerusi Presiden dan Naib Presiden. Mereka ialah:

CALON PRESIDEN MPP 2013/2014

1. Muhammad Adli bin Abdul Razak

2. Muhammad Izzat farhan bin Fazri

3. Muhammad Nur Irfan bin Muhammad Zameri

 

CALON NAIB PRESIDEN MPP 2013/2014

1. Iffah Nabila binti Haslizan

2. Nur Aqilah binti Jalaluddin

3. Nur Syatirah binti Mohd Noor

 

Pengiraan undi akan dibuat pada petang ini manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada malam nanti.

Slide5Slide1Slide2Slide4Slide6Slide9

Penghargaan Untuk Pasukan Nasyid Dan Peserta Hafazan Sekolah

nasyidPRIMULA HOTEL , 4 Julai : Pasukan Nasyid dan Peserta Qiraat Sekolah diberi penghormatan mendendangkan lagu nasyid dan Qiraat Sab’ ah sempena Majlis Anugerah Pekhidmatan Cemerlang Pegawai Yayasan Terengganu di Primula Hotel pada 2 Julai baru-baru ini.

Pasukan Nasyid sekolah merupakan Johan Festival Nasyid peringkat Kuala Terengganbu Selatan 2012 & 2013 serta tempat KETIGA Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin tahun 2012.

Manakala Pseserta hafazan Johan Qieraat Sab’ah peringkat Negeri Terengganu 2013.

Terima kasih jkepada Pihak Yayasan Terengganu kerana memberi penghormatan bagi mendendangkan lagu nasyid dan memabaca Qiraat Sab’ah.

amir

Lagu Nasyid 

Qiraat Sab’ah