Category: Hal Ehwal Murid

Majlis Temu Murni PT3 dan SPM 2014

Slide54SMIYT KTRG SBT , 30 Mac : Satu majlis temu murni telah diadakan pagi ini yang melibatkan semua ibubapa, guru dan pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Terdahulu dari itu, satu ceramah motivasi telah diadakan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Roshali bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT )

Majlis ini diadakan adalah antara lain untuk memastikan semua pelajar mencapai target 100% A dalam semua matapelajaran, mewujudkan jalinan utuh perkongsian minda dengan semua guru matapelajaran, melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan akademik yang unggul untuk bersaing di peringkat glokal.

Slide58Slide17Slide15Slide62Slide10Slide8

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

AL FATEH DRIVEN UMMAH

KARNIVAL DAKWAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

IMG-20140322-WA0001

Kardival Dakwah Peringkat Kebangsaan Anjuran SM Imtiaz Kuala Terengganu julung-julung kali diadakan.

Aturcara Karnival Dakwah :

3 April 2014

2.00 – 5.00 petang – Pendaftaran

9.00 malam – Motivasi Dakwah oleh Imam Muda Asyraf

 

4  April 2014

9.00 – 12 tengahari – Pertandingan dimulakan

3.00 – 5.00 petang – Dakwah Remaja

5.30 petang – Salam Taaruf peserta Karnival

9.00 malam – Konsert Nur Iman  dengan penampilan istimewa

Penyanyi-  Aiman Akademik Nasyid  , Ustaz Alim ZakariaSheikh Hud Al Hashir

 

5 April 2014

9.00 pagi – Pertandingan Nasyid

11.00 pagi – Majlis Penutup

2.00 – Majlis selesai

 

 

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR!!

 

 

Tuan Haji Abdul Razak Rasmi SUMUR 2014

Slide8SMIYT KTRG SBT , 16 Mac : Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) telah dirasmikan hari ini oleh Tuan Haji Abdul Razak bin Jusoh , Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Antara objektif program ini ialah menyemarakan amalan beridat dan pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar. Selaian bertujuan menyuburkan budaya berbudi bahasa serta membina jati diri, tetap pendirian , semangat juang yang tinggi dan menggalakkan pelajar supaya berpenampilan selari dengan pandangan islam.

Program ini merupakan salah satu program yang telah dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Islam untuk SMKA , SMA dan SABK.

Selepas merasmikan program tersebut, beliau telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan watikah perlantikan naqib dan naqibah.

Slide1Slide30Slide45

Gambar penerima watikah perlantikan naqib dan naqibah sila klik DI SINI

 

Ceramah dan Latihan Kebakaran

Slide18SMIYT KTRG SBT , 11 Mac : Sebagai langkah drastik apabila berlaku kebakaran , satu ceramah telah diadakan di dewan Asyatibi petang ini.

Ianya dihadiri semua pelajar , guru serta kakitangan agar dapat mengetahui dan cara mengatasi serta tindakan apa yang perlu diambil apabila berlaku kebakaran. Ceramah mengenai kebakaran ini telah disampaikan oleh Encik Asmadi bin Sulaiman , Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.

Sementara itu satu sesi latihan kebakaran telah diadakan sebaik sahaja ceramah mengenai kebakaran selesai.

Slide5Slide9Slide22Slide12Slide1Slide24

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI