Category: Hal Ehwal Murid

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014 / 2015

Slide1SMIYT KTRG SBT , 24 Ogos : Barisan kepimpinan pelajar sesi 2014 / 2015 akan memulakan tugasnya secara rasmi pada tahun ini apabila kepimpinan yang lalu dibubarkan bagi memberi laluan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Justeru itu , kepimpinan yang diketuai oleh Ahmad Azizi bin Aziz bersama kepimpinan yang lain akan memikul tanggungjawab ini bagi membantu pihak pengurusan dalam menjamin kelancaran disiplin serta yang  berkaitan dengan pelajar.

 

Tahniah dan syabas

Perlantikan MPP , MPS dan MPA Sesi 2014 / 2015

Slide16SMIYT KTRG SBT , 23 Julai : Majlis pembubaran MPP , MPS dan MPA  2013 /2014 telah diadakan pada selasa yang lalu dan majlis perlantikan MPP sesi 2014 / 2015 juga diadakan pada hari yang sama.

Pembubaran MPP , MPS dan MPA  tersebut adalah selaras dengan matlamat sekolah bagi memberi peluang minda mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi. Sebagi gantinya pihak pengurusan sekolah yang dikendalikan oleh unit Hal Ehwal Pelajar telah melantik dari kalangan pelajar tingkatan 4 bagi memegang jawatan itu.

Tahniah dan syabas kepada pelajar yang terpilih menjadi MPP, MPS dan MPA  yang baru bagi sesi 2014 / 2015.

Slide21Slide10Slide7

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Majlis Khatam Al Quran dan Iftar Jama’ei 1435 H / 2014 M

Slide8SMIYT KTRG SBT , 17 Julai : Seperti kebiasaan setiap tahun diadakan majlis Khatam Al Quran dan Iftar Jama’ie. Begitu juga pada tahun ini , majlis tersebut telah diadakan hari ini.

Ramai ibubapa yang hadir bagi menjayakan program tahunan ini. Kehadiran YDP MPIBG Tuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar juga telah menceriakan majlis tersebut. Acara dimulakan dengan majlis Kahatam Al Quran disusuli dengan ucapan oleh YDP MPIBG . Seterusnya tazkirah ramadhan disampaikan oleh Ustaz Wan Ubaidillah dan tahlil diketuai oleh Ustaz Abdul Mubin.

Sebaik sahaja solat maghrib dan solat hajat selesai, Majlis Iftar telah diadakan. Suasana yang cukup meriah walaupun hujan renyai-renyai mencurah ke bumi.

Slide31Slide30Slide27Slide35Slide45Slide51

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Karnival Dakwah Peringkat Kebangsaan 2014

Slide383SMIYT KTRG SBT , 10 April : Majlis tersebut telah diadakan bermula 3 – 5 April baru-baru ini. Ianya merupakan pertama kali diadakan.

Banyak aktiviti yang dijalankan antaranya gerai jualan, forum , pertandingan pidato , hafazan, tilawah dan juga nasyid. Begitu juga dengan persembahan konsert Nur Iman yang dijayakan oleh Aiman Akademik Nasyid , Ustaz Abdul Alim Zakaria , bekas penyanyi Shoutul Amal serta Hud Alhashir bekas pelajar sekolah ini yang bercita-cita ingin mernjadi imam Masjidil Haram.

Terdahulu dari itu, ceramah motivasi telah disampaikan oleh Imam Muda Asyraf yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakaria , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Slide216Slide310Slide697

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI