
Category: Antarabangsa
Terengganu International Science Fair 2026

Tahniah & Syabas kepada Anak Solehah Pintar iKT:
- Aira Nur Maisarah Binti Abdullah Fuad
- Nur Aiesya Khadeja Binti Mohd Yazid
- Ummu Sofiyyah Binti Abdul Mubin
- Special Award TISF – Blue Ocean Beyond Horizons
- Gold Medal – i-DEWS
- Gold Medal – Blue Ocean
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
South East Asia Olympiad Championship 2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas diucapkan buat anak-anak pelajar soleh solehah pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu (IKT) dan guru pembimbing di atas kejayaan yang membanggakan dalam pertandingan South East Asia Olympiad Championship 2025 sempena Sustainable Tourism Workshop 2025 yang telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu & Pejabat Daerah Kuala Nerus selama dua hari sejak 1 Oktober 2025.
Anak soleh solehah pintar IKT telah memenangi kategori berikut:
Menang Kategori:
1) English Proficiency Test – Senior High School
Gold Award
Nur Damia binti Mohd Yusran
Silver Award
Sofea Solehah binti Abdul Rahman
Muhammad Adam Muzaffar bin Mowardi
Bronze Award
Nadhirah Kamilia binti Ahmad Norainee
2) English Proficiency Test – Junior High School
Bronze Award
Aisya Hannah binti Muhamad Hafiz

2nd SESMA CULTURAL FUSION FIESTA 2025 (SCUFF)

SM Sains Sultan Mahmud (SESMA), 29 Sept 2025: Program ini merupakan anjuran Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu (SESMA) dengan kerjasama Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi UniSZA, Pusat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Muzium Negeri Terengganu serta Apple Distinguished School yang bertemakan “Voyage of Tradition: Innovating the Past for the Future”. Ini adalah program kebangsaan yang menghimpunkan 6 orang peserta daripada 20 buah sekolah berasrama penuh (SBP) yang mana program seumpama ini berjaya menggabungkan tradisi + inovasi + teknologi melalui kajian dan inovasi bot tradisional.

SCUFF 2025 diadakan bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam mencipta bot tradisional dengan menginovasikan kegunaan dan menambahbaikan kuasa enjin dan sistem perkapalan dengan menggunakan teknologi baru berdasarkan SDG dan AI. Program seumpama ini juga dapat melahirkan pelajar yang kreatif, berdaya saing dan peka budaya.
Pelajar perlu mempersembahkan:
- Model bot & poster infografik
- Video & AR interaktif
- Inovasi mesra alam berasaskan SDG 14: Kehidupan di Bawah Air

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan buat 6 orang anak-anak pelajar soleh solehah pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu (IKT) dan guru pembimbing di atas kejayaan yang membanggakan dalam pertandingan SCUFF 2025 yang disertai buat kali pertama penyertaan.
Berikut adalah kejayaan dan pencapaian yang diperolehi :
Silver 🥈- Best Infografic Award
1. Muhammad Amirul Thaqiuddin b. Abdul Bashir – 3AA
2. Nur Hafizah Imanina binti Sulaiman – 3 Nafi’
Silver 🥈- AR Innovators Award
1. Muhammad Norhafizi bin Norlizan – 3 IK
2. Nur Syadiyah binti Mohd Haris Safwan – 3 AA
Bronze 🥉- Top Traditional Replica Award
1. Iman Harith bin Mohd Shaari – 3NF
2. Nur Rihana Ibtisam bt. Mohd Roslee – 3AA
Guru Pembimbing bersama :
1. Cg. Rozila
2. Cg. Nor Adni
3. Cg. Suryana
4. Ustaz Muhammad Nasuha
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
