Category: Antarabangsa

Cemerlang di Borneo International Innovation Creativity Competition (BIICC) 2026

Setinggi-tinggi TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada Team Inovasi Imtiaz Kuala Terengganu atas kejayaan menyertai Borneo International Innovation Creativity Competition (BIICC) 2026.

Pencapaian ini merupakan hasil daripada idea kreatif, usaha gigih, semangat berpasukan dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan oleh semua ahli pasukan serta guru pembimbing.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan inovasi yang kreatif, berimpak dan memberi manfaat kepada masyarakat serta alam sekitar. Teruskan mencipta, teruskan berinovasi dan teruskan mengharumkan nama sekolah!

TAHNIAH & SYABAS kepada Anak-anak Solehah Pintar IKT:
 
BEST AWARD MEDAL
Blue Oceans Marine Conservation
 
GOLD AWARD MEDAL

Auto Clean Aqua Tank (ACATA)

Nur Afiqah Damia Binti Ahmad Nazwan
Khaalis Mawaddah Binti Kamaruddin
Auni Aira Binti Zarir Ramiz
Ainul Mardhiah Binti Ridzwan
Nur Aiesya Kadeja bt. Mohd Yazid

Imtiaz Dual Eco Water System (i-DEWS)

Aira Nur Maisarah bt. Abdullah Fuad
Ummu Sofiyyah bt. Abdul Mubin
Nur Aiesya Kadeja bt. Mohd Yazid

 
GOLD AWARD MEDAL (INFOGRAPHIC LEARNING)
Blue Oceans Marine Conservation
Climate Change & Its Impact on Human Health
 
Aira Nur Maisarah bt. Abdullah Fuad
 
BRONZE AWARD MEDAL
StarchShell Bioplastic
‘Ulya Nuha bt. Muhammad Suhaimi
Nuha Safiyah bt. Ahmad Ridhuan
Khaira Yafi bt. Ahmad Fitri
Atikah Al-Hafizah bt. Mohd Saufi
Nur Rihana Ibtisam bt. Mohd Roslee
 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Cemerlang di International SESMA Cultural Fusion Fiesta (iSCUFF) 2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 6 orang pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu atas kejayaan membanggakan dalam International SESMA Cultural Fusion Fiesta (iSCUFF) 2026.

Penyertaan dan kejayaan ini mencerminkan bakat, kebolehan serta keyakinan para pelajar dalam menyerlahkan potensi diri di peringkat antarabangsa. Ia juga menjadi bukti bahawa pelajar Imtiaz mampu bersaing dan memberikan yang terbaik dalam pelbagai bidang.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh, mencabar diri dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang berjaya serta guru-guru pembimbing atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan!

TAHNIAH & SYABAS kepada Anak-anak Solehah Pintar IKT:
 
GOLD AWARD 
INFOGRAPHIC
Ariq Irsyad Bin Hanafi
Aira Nur Maisarah Binti Abdullah Fuad
 
TOP BRONZE AWARD 
REPLICA
Tengku Rayyan Rahman Bin Tengku Azlan Shah
Raidah Auni Binti Rosli
 
TOP BRONZE AWARD 
AUGMENTED REALITY TECH
Muhammad Aqil Harith Bin Shaiful Nizam
Eiman Khadijah Binti Khoirul A’mal

IMTIAZ TERUS MELAKAR KEJAYAAN DI PERSADA DUNIA!

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Southeast Asia Olympiad Championship and Cultural Heritage Workshop Terengganu Malaysia 2026 

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu atas kejayaan membanggakan dalam Southeast Asia Olympiad Championship and Cultural Heritage Workshop Terengganu Malaysia 2026.

Kejayaan ini merupakan bukti usaha gigih, kesungguhan dan kecemerlangan para pelajar dalam menghadapi persaingan bersama 370 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand yang berlangsung selama dua hari, bermula 19 hingga 20 Ogos 2026 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Koperasi Homestay Teluk Ketapang Terengganu Berhad (KHTK) dan Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) itu menggabungkan pertandingan akademik berasaskan Olympiad dengan aktiviti berkaitan pelancongan lestari serta warisan budaya.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Imtiaz untuk terus berusaha, mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah di persada yang lebih tinggi.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang berjaya serta guru-guru pembimbing!

TAHNIAH & SYABAS kepada Anak-anak Solehah Pintar IKT:
 
GOLD MEDAL
HAFAZAN JUZUK 1-5
Engku Firas Al-Aidrus b. Engku Mahadzir 
 
SILVER MEDAL
HAFAZAN JUZUK 1-5
Muhammad Aliff Firdaus b. Mohd Risham
 
SILVER MEDAL
ENGLISH PROFICIENCY TEST
Muhammad Aliff Firdaus b. Mohd Risham

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perlis International Engineering Invention & Innovation Exhibition (Pi-ENVEX) 2026

🗓️ 14-17 MEI 2026
📍 UNiMAP PERLIS
TAHNIAH & SYABAS kepada Anak Soleh Pintar IKT:
 
GOLD MEDAL AWARD
 
(PASUKAN AUTO MAKHRAJ)
Ar-Rayyan Zikruddin bin Mohd Roslan
Muhammad Umar Zarif bin Muhamad Ridwan
Muhammad Faris Haikal bin Mod Sukri
Muhammad Wazir Syauqi bin Aznan
Syahmi Thaqif bin Shahrul Hisyam

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.