
KUALA TERENGGANU , 14 November : Pertandingan pancaragam sekolah peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah diadakan pada hari ini di SMK Chong Hwa Wei Sin yang menjadi tuan rumah. Pertandingan ini juga meliputi Badan Beruniform Sekolah.
Walaupun sekolah ini tidak menyertai pertandingan ini namun sekurang-kurangnya SM Imtiaz Yayasan Terengganu telah menghantar wakilnya iaitu dari SM Imtiaz Dungun dan SM Imtiaz Kuala Berang dalam kategori Badan Beruniform.




Saksikan sedutan video perarakan pertandingan Pancaragam Sekolah yang sempat dirakamkan – Video
Pada 29 hb Oktober 2015, Pasukan L AL Fateh B dengan Kajian/Produk bertajuk The Miracle of Multipurpose Soap: Novely, telah menyertai Pertandingan International Invention, Innovation & Design Johor 2015 bertempat di Amansari Residence and Resort Pasir Gudang Johor.


Pada 30 Julai 2015, Khamis baru-baru ini, Pasukan Al-Fateh Inventors SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menyertai sesi Penilaian Anugerah HartaIntelek Negara di Pusa tDagangan Mahkota , Kuantan ,Pahang. Anjuran My IPO Perbadanan Harta Intelek Negara .



Pertandingan ini telah berlangsung pada 20-23 Mei 2015 di KLCC dengan penyertaan lebih 20 buah negara dengan penyertaan sebanyak 1000 pasukan.Penganjur ialah Malaysia Invention And Design Society (MINDS), Itex Malaysia, C.I.S. Network Sdn.Bhd And Asian Caucus Of Invention Associations. ITEX 2015(Shooting Video Pasukan telah dimuatnaik dalam You Tube oleh Penganjur)

