Category: Am

Dr. Zairina Ketuai Rombongan Dari USIM


KUALA TERENGGANU, 3 Mac
: Pagi ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada rombongan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM )  dan disambut oleh pihak pengurusan sekolah.

Rombongan ini seramai 57 mahasiswa USIM fakulti perubatan yang diketuai oleh Dr. Zairina binti Abd. Rahman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perubatan dan Kesihatan, Dr. Mohd Dzulkhairi bin Mohd Rani, Pensyarah Kanan Perubatan serta mahasiswa USIM.

Tujuan rombongan ini adalah bagi menerangkan kelebihan memasuki USIM dalam bidang perubatan. Semua pelajar menghadiri program ini.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani selaku wakil pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada rombongan tersebut.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

Ceramah Sempena Pelancaran NILAM 2012

KUALA TERENGGANU. 27 Feb :  Sempena pelancaran Program NILAM yang akan di adakan di sebelah petang nanti, satu sesi ceramah telah diadakan pagi ini di Dewan Asyatibi. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT , Marang, Terengganu iaitu Encik Zaidan bin Jamaluddin.

Puan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Semua Ketua Jabatan serta guru dan pelajar hadir bagi mendengar ceramah tersebut.

Pengarah Yayasan Terengganu Rasmi Majlis Penutup Kursus Peningkatan Profesionalisma Perguruan SM Imtiaz Yayasan Terengganu

GAMBANG, PAHANG, 18 Feb : Pengarah Yayasan Terengganu hari ini telah merasmikan Majlis Penutup Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-Guru Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dan SMK Seri Budiman. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu serta KPP Yayasan Terengganu dan juga semua Pengtua SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Tuan Pengarah telah sudi menyampaikan semua sijil penyertaan Kursus dan diterima oleh semua pengetua sekolah masing-masing.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Rasmi Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-Guru SM. Imtiaz Yayasan Terengganu

GAMBANG, PAHANG, 17 Feb : Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Dr Hj Mohd Puad bin Zarkashi malam ini telah merasmikan Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-Guru Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz  Yayasan Terengganu.

Turut mengiringi beliau ialah Y.B. Hj. Ahmad Razif bin Hj. Abd. Rahman, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi & Sumber Manusia Negeri Terengganu, Encik Zakaria bin Yusof, Pengarah Yayasan Terengganu, Abdul Latif bin Awang, Timbalan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu serta Semua Pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Antara objektif kursus ini di adakan adalah sebagai usaha bagi memantapkan tahap kemahiran dalam bidang perguruan dari segi maklumat dan kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan oleh mereka dalam memberi pendidikan kepada pelajar masa kini.

Semoga di akhir kursus ini diharapkan para peserta dapat memahami peranan mereka sebagai pendidik dalam usaha membangunkan negara, bangsa dan agama.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya