Category: Am

Syabas ! Imtiaz K.Trg Johan Keseluruhan Taekwando Peringkat Negeri Terengganu

Slide3Unisza , 14 September : Dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi, akhirnya peserta Taekwando sekolah ini telah berjaya dinobatkan johan keseluruhan dengan membawa pulang 13 pingat Emas , 15 pingat Perak dan 18 pingat Gangsa. Lebih manis lagi apabila 2 orang peserta sekolah ini menerima anugerah peserta terbaik bawah 17 tahun dan anugerah peserta terbaik terbuka.

Kejohanan ini telah berlangsung selama 2 hari di Universiti Sultan Zainal Abidin ( Unisza ) iaitu jumaat dan sabtu. Tahniah kepada peserta yang mengharumkan nama sekolah Imtiaz K.Trg

Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan peserta sekolah ini.

Kategori Tripet Free Sparring U 17 ( P )

EMAS

Wan Nur Sahira bt Wan Abdul Karim

Afiqah Zahirah bt Zaizul Imran

Ummi Maisarah bt Mohd Razadi

 

GANGSA

Nurul Nazifa Nadhirah bt Mat Noh

Rabiatul Adawiyah bt Wahab

Husna Afifah bt Mohd Yusoff

 

Open Free Sparring ( L )

Kategori A – Raja Afiq b Raja Fakran – EMAS

Kategori B – Ahmad Syarafuddin b Shamsul Amri – PERAK

Kategori B – Muhammad Nasruddin Najwan b Mohd Hamdan – GANGSA

 

Open Individu Pattern ( L )

Kategori A – Raja Afiq b Raja Fakran – GANGSA

Kategori B – Ahmad Syarafuddin b Shamsul Amri – EMAS

Kategori B – Muhammad nasruddin Najwan b Mohd Hamdan – PERAK

 

Open Free Sparring ( P )

Wan Nur Sahira bt Wan Abdul Karim – EMAS

 

Anugerah Peserta Terbaik B 17

AMIR HUZAIFAH B RASHDI

 

Anugerah Peserta Terbaik Terbuka

AHMAD SYARAFUDDIN B SHAMSUL AMRI

 

Free Sparring Individu U 17 ( P )

Kategori A – Rabiatul Adawiyah bt Wahab – PERAK

Kategori B – Husna Afifah bt Mohd Yusoff – PERAK

kategori C – Nurul Izzah Adibah bt Mohd Amran – EMAS

Kategori C – Alia Farhana bt Mohd Zulkifli – PERAK

Kategori C – Afifah bt Mohd Zabidi – GANGSA

Kategori D – Nurul Nazifa Nadhirah bt Mat Noh – EMAS

Kategori D – Afiqah Zahirah bt Zaizul Imran – GANGSA

Kategori E – Wan Nur Sahira bt Wan Abdul Karim – EMAS

Kategori E – Aqilah Fasihah bt Yahaya – PERAK

 

Individu Pattern U 17 ( P )

Kategori C- Ummi Maisarah bt Mohd Razadi – PERAK

Kategori C – Afiqah Zahirah bt Zaizul Imran – GANGSA

 

Triplet Pattern U 17 ( P )

 

PERAK

Ummi Maisarah bt Mohd Razadi

Afiqah Zahirah bt Zaizul Imran

Huda Nurhanis bt Razali

 

Triplet Free Sparring U 17 ( L )

 

EMAS

Ahmad Syarafuddin b Shamsul Amri

Muhammad Nasruddin Najwan b Mohd Hamdan

Raja Afiq b Raja Fakran

 

PERAK

Muhamamd Adli b Abd Razak

Amir Huzaifah b Rashdi

Faris Zulfayri b Saipunizam

 

GANGSA

Muhammad Zulsyahmie b Mohd Zaki

Muhammad Izzat Farhan b Fazri

Luqmanul Hakim b Yusuff

 

Triplet Pattern U 17 ( L )

EMAS

Ahmad Syarafuddin b Shamsul Amri

Muhammad Nasruddin Najwan b Mohd Hamdan

Raja Afiq b Raja Fakran

 

PERAK

Muhammad Zulsyahmie b Mohd Zaki

Muhammad Izzat farhan b Fazri

Luqmanul Hakim b Yusuff

 

GANGSA

Salman b Mohd Yusoff

Muhammad Farhan b Mohd Dzulkonnain

Muhammad Faez b Abd Wahid

 

Individu Free Sparring U 17 ( L )

Kategori A – Muhammad Syarafuddin b Shamsul Amri – GANGSA

Kategori A – Muhammad Syafiq b Harmi – GANGSA

kategori B – Muhammad Zulsyahmie b Mohd Zaki – PERAK

kategori C- Amir Huzaifah b Rashdi – PERAK

Kategori C – Muhammad Izzat Farhan b Fazri –GANGSA

Kategori C – Muhammad Hazim b Abd Halim – GANGSA

Kategori D – Muhammad Nasruddin Najwan b Mohd Hamdan – EMAS

Kategori D – Muhammad Faris Zulfayri b Saipunizam – PERAK

Kategori D – Muhammad farhan b Mohd Dzulkonnain – GANGSA

Kategori D – Luqmanul hakim b Yusuff – GANGSA

Kategori E – Muhamamd Adli b Abd Razak – EMAS

Kategori E – Raja Afiq b Raja Fakran – PERAK

Kategori F – Ahmad Syarafuddin b Shamsul Amri – EMAS

Kategori F – Salman b Mohd Yussof – GANGSA

Kategori F – Faris Haziq b Abd Malik – GANGSA

 

Individu Pattern U 17 ( L )

Kategori A – Amir Huzaifah b Rashdi – EMAS

Kategori A- Muhammad Adli b Abd Razak – PERAK

kategori B – Mohd Faez b Abd Wahid – GANGSA

Kategori C – Raja Afiq b Raja Fakran – GANGSA

Slide4Slide1Slide5Slide6Slide7Slide8

 

 

 

 

 

 

Solat Hajat Perdana Dan Temu Murni Percubaan PMR 2013

Slide3SMIYT KTRG SBT , 14 September : Satu majlis Temu Murni bersama ibubapa dan guru telah diadakan pagi tadi di Dewan Asyatibi.

Ramai ibubapa yang hadir pada majlis tersebut. Dalam pada masa yang sama juga , satu program Solat Hajat Perdana diadakan di Surau Tokku Pulau Manis yang dihadiri semua guru tingkatan 3, ibubapa serta dif-dif ย jemputan.

Dalam majlis tersebut ucapan dimulai dengan wakil pelajar tingkatan 3 iaitu adik Azizi bin Aziz kemudian wakil daripada ibubapa disusuli dengan ucapan Bonda Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Razak bin Jusoh, Pegawai Perhubungan Sekolah dari JPN.

Berikut adalah senarai12 nama pelajar cemerlang Peperiksaan Percubaan PMR 2013

1. Nur Wafi Syamimi bt Mohd Putera 9A

2. Wan Ahmad Aizat b Wan Anuar 9A

3. Muhammad Imran b Azmi 9A

4. Muhammad Lutfil Hady b Zainol Hady 8A 1B

5. Alya Farhana bt Abd Rasid 8A 1B

6. Aziz Abidin b Azmi Puat 8A 1B

7. Nurul Jannah bt Mohd Shukri Shuhaimi 8A 1B

8. Ahmad Azizi b Aziz 8A 1B

9. Wan Fatimah Az-Zahrah bt Wan Lokman 8A 1B

10. Muhammad Nuur Afif b Mohd Amran 8A 1B

11. Nik Muhammad Amar b Nik Mohd Fadzil 8A 1B

12. Sharifah Nur Aimi Syuhada bt Syed Al-Shagaf Jamil 8A 1C

 

Gred Purata Sekolah PMR Sepanjang Tahun 2013

TOV : 2.33

OTI 1 : 2.20

OTI 2 : 2.02

PRA-TRIAL : 1.88

TRIAL : 1.69

 

Slide47Slide24Slide66Slide76Slide74Slide15

Gambar selanjutnya sili klik DI SNI

1 Murid 1 Sukan

Slide14SMIYT KTRG SBT , 14 September : Setiap tahun program 1M1S diadakan di peringkat sekolah. Begitu juga dengan sekolah Imtiaz K.Trg, ianya telah diadakan selama 2 hari bermula khamis dan jumaat.

Sebelum diadakan program tersebut, satu taklimat khas telah diadakan di bilik kuliah yang disampaikan oleh Setiausaha Sukan, Ustaz Zakaria bin Mohamad kepada semua peserta .

Antara acara yang diadakan ialah futsal, sepaktakraw dan banyak lagi.

Slide5Slide7Slide75Slide42Slide30Slide44

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pertandingan Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke 56

Slide33SMIYT KTRG SBT , 14 September : Sempena menyambut bulan Kemerdekaan Kali Ke 56, satu pertandingan peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Asyatibi khamis baru-baru ini.

Ianya disertai oleh pelajar sekolah ini yang melibatkan pelbagai acara yang dipertandingkan. Semoga semangat cintakan Negara terus berkobar-kobar di dalam setiap peribadi pelajar.

Slide3Slide24Slide56Slide47Slide14Slide33

Gambar selanjutnya sila kilik DI SINI

LOGO & LAGU

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

LOGO IMTIAZ

LAGU IMTIAZ

Ya rabbi anta maksudi
Keredaanmu tuntutan kami
Imtiaz KOSPINT kami sayangi
Mendidik kami erti insani

Allah dan rasul dalam ingatan
Quran dan hadis jadi pegangan
Akhlak Al-Quran diterapkan
Ilmu dan budi jadi asuhan

Akademik cemerlang pemimpin terbilang
Menerajui ummah penuh gemilang
Imtiaz KOSPINT kami sanjungi
Namamu tersemat di sanubari

Lirik Lagu:
Pn. Mardziah Che Abdullah (Mantan Pengetua)

Komposer Lagu:
En. M. Shahril M. Anip

HUBUNGI KAMI

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

๐Ÿ“ž
TELEFON 09-619 5111
๐Ÿ“ 
FAKS 09-619 5112
๐Ÿ“ง
E-MEL TFT3004@moe.edu.my
๐Ÿ“ ALAMAT SEKOLAH

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

๐Ÿ“ LOKASI SEKOLAH

ALUAN PENGETUA

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

MD IMRAN BIN MD NOR

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz.

Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan.

Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz Al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

โ€œMelahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.โ€

Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MD IMRAN BIN MD NOR
PENGETUA CEMERLANG
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Datoโ€™ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Bangunan KOSPINT
Bangunan Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Penubuhan KOSPINT

Pintu masuk KOSPINT
Pintu masuk Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 Jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.

Perasmian rasmi KOSPINT
Perasmian rasmi KOSPINT oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Bas KOSPINT
Bas Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Datoโ€™ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untukย Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 โ€” MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 โ€” MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 โ€” MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 โ€” MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 โ€” MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 โ€” MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 โ€” MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 โ€” PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.