Slide1Taman Tamadun Islam , 9 November : Pertandingan ini telah diadakan di dewan seminar Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man , Kuala Terengganu pagi tadi. Pertandingan sempena karnival Seni Khat ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Khat Terengganu dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka ( DBP ) yang menawarkan 3 pemenang utama dan 7 saguhati.

Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu bawah 12 tahun , 15 tahun , 18 tahun dan terbuka dengan menggunakan kaedah khat nasakh dan thuluth.

Bagi pertandingan seni khat thuluth, sekolah ini telah menghantar 4 orang pelajar yang terdiri daripada Mohd Amin Khalili , Mohd Shhrul Azwan , Ahmad Hafiz Aminuddin dan Mohd Ikhlas bin Mohd Kamal. Manakala bagi kategori khat nasakh pula terdiri daripada Asmiah Nraini Mohd Nor , Nur Ain Jaafar dan Syarifah Nururl Nadia Sy. Ibrahim Halmi.

Mohd Amin Khalili telah menerima hadiah saguhati bagi kategori khat thuluth manakala Nur Ain Jaafar menerima saguhati bagi kategori khat nasakh,

 

Slide6Slide5Slide3

Tahniah dan syabas!!!!