Category: Am

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Lawat Sekolah

KUALA TERENGGANU , 25 September : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Amin bin Senin bersama YM Tengku Mohd Yusuf, Ketua Sektor Jaminan Kualiti serta Encik Mustaffar , Pengarah Pengurusan Operasi PMO telah mengunjungi sekolah ini tengahari tadi.

Mereka telah disambut oleh Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Penolong Kanan, Setiausaha Sekolah,Puan Che Kadijah Abdullah, Kaunselor, Puan Norhidayah, Ketua Jabatan Al-Quran Ustaz Ridzuan Aziz.

Tujuan kunjungan mereka adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi sistem yang diaplikasi di Sekolah.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Program Konsultansi Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kepada Guru-Guru dan Pelajar

KUALA TERENGGANU , 18 September : Warga sekolah pada hari ini melahirkan ucapan terimakasih dan berasa amat beruntung atas kehadiran Tuan Haji Wahid Setia, Timbalan Pengarah Pengurusan Institut Pendidikan Agama ( IPA) bersama Tuan Haji Ibrahim bin Ahma, Ketua Unit IPA SPI JPN Terengganu ke sekolah kami.

Tujuan kehadiran beliau adalah sebagai mewakili Pengarah BPI, Tuan Haji Abdullah Mat Din untuk menyampaikan hasrat memperkasakan 20 buah  sekolah SABK dan SMKA sebagai sekolah terpilih di seluruh negara.

Harapan agar dengan kehadiran beliau dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah untuk terus menjadi antara 10 sekolah terbaik negara.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Program Koperasi Sekolah

KUALA TERENGGANU , 13 September : Seramai 40 orang pelajar termasuk guru pengiring dari Sekolah Menengah Tengku Laksamana, Kedah telah mengunjungi sekolah ini. Mereka tel;ah tiba jam 10 pagi tadi.

Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk mengetahui sistem sekolah ini dan mengenai keistimewaan pakej PKS.

Pada hari pertama kunjungan mereka, mereka telah di bawa ke Nor Arfa Batik bagi melihat dan seterusnya mencuba mencanting batik.

Pada hari kedua(esok) mereka akan dibawa ke Taman Tamadun Islam ( TTI ), Pasar Payang Kuala Terengganu.

Semoga kunjungan mereka ini akan menjadi kenangan yang manis apabila pulang ke negeri sendiri nanti.

Pemantauan Pengetua

KUALA TERENGGANU , 30 Ogos : Seramai 4 orang pegawai telah datang ke SM Imtiaz Kuuala Terengganu petang tadi bagi menilai pengetua untuk gred DG54.

Mereka terdiri daripada Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Haji Mohd Yasin bin Salleh, Ketua Sektor Pendidikan islam, Haji Wan said, Pegawai Pendidikan daerah Dungun serta Ustaz Nasir dari Sektor Pendidikan Islam.

Semua penolong kanan serta Ketua Jabatan dan juga Penyelia Asrama turut hadir.