DUNGUN, 13 Apr : Pasukan Bola Jaring ( A ) petang ini telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila diistiharkan JOHAN setelah berjaya menewaskan SMA Khairiah dengan kiraan 34 – 16.

Manakala Pingpong ( LR ) pula tidak dapat menandingi kehebatan pasukan SMA Mahmudiah apabila kecundang dengan kiraan 2 – 3. dalam perlawanan yang mendebarkan itu, pasukan pingpong sekolah berhempas pulas untuk mencari kemenangan namun tewas pada perlawanan penentuan.

Walaubagaimanapun sekalung tahniah kepada pasukan berkenaan. Malam ini acara badminton ( LA) akan menentukan JOHAN dan Naib Johan di mana perlawanan yang akan bermula 8.15 malam ini melibatkan Imtiaz K.Trg( KOSPINT ) menentang SMAASZA Batu Buruk.