Author: admin

Encik Mazlan Rasmi SEM

Slide1SMIYT KTRG SBT , 27 April : Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz, Encik Mazlan bin Che Wil  telah merasmikan Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) baru-baru ini.

Beliau telah diiringi oleh Pengetua sekolah, Ustazah Mardziah bin Che Abdullah serta penolong Kanan dan ketua Jabatan. Terdahulu dari itu beliau telah meluangkan masa untuk melawat pameran Science World sebelum merasmikan SEM di dewan Asyatibi.

Slide2Slide3Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Bersama Nor Amalina

Slide1SMIYT KTRG SBT , 27 April : Baru baru ini pihak pengurusan sekolah di bawah unit kauseling telah mengundang seorangpelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beliau ialah Nor Amalina yang menjadi idola pelajar terutama pelajar SPM di mana beliau memperoleh keputusan yang cemerlang sehingga mendapat perhatian di dada akhbar dan seluruh Malaysia.

Sebagai memberi semangat kepada pelajar sekolah ini, Nor Amalina telah memberikan tips-tips yang berguna serta memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan.

Slide2Slide3Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Science World

Slide19SMIYT KTRG SBT , 27 April : Pameran Scince World Peringkat Sekolah telah diadakan baru-baru ini yang melibat pelajar sekolah. Pelajar dapat menunjukkan bakat dan kreativiti yang ada untuk dipertontonkan kepada semua guru dalam pameran tersebut.

Bakat ini juga diharap dapat memberikan idea yang baik untuk di ketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan satu masa nanti.

Slide22Slide142Slide174

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

2 Emas Milik SM Imtiaz K.Trg

Slide18SMAASZA BATU BURUK , 25 April : Seramai 23 peserta silat sekolah ini telah menyertai kejohanan Pencak Silat Olahraga Peringkat Negeri Terengganu  yang telah diadakan di SMA ( A ) Sultan Zainal Abidin Batu Buruk yang bermula 24 hingga 25 April.

Nurul Husna dan Mohd Hafizi b Mohamad Fauzi telah mengharumkan nama sekolah apabila mendapat pingat emas dalam acara tersebut. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat yang tinggi bagi menjulang nama sekolah diperingkat Negeri Terengganu.

Slide8Slide10Slide2

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

TAHNIAH DAN SYABAS ANAK-ANAK AL FATEH!!!