Author: admin

Jalinan SAMBEST Berakhir Hari ini

Slide26SMIYT KTRG SBT , 14 Julai : Program jalinan antara Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dengan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah berakhir hari ini . Ianya bermula 11 Julai yang lalu.

Majlis penutupan program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman. Semoga program ini akan memberi suntikan baru kepada semua peserta kearah pemantapan mutu akademik seterusnya menjulang nama Sekolah masing-masing ke peringkat Negara.

Slide3Slide9Slide18

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Meriah

Slide67SMIYT KTRG SBT , 14 Julai : Majlis Sempena Aidilfitri 2016 peringkat Sekolah telah disambut dengan begitu meriah sekali dengan penuh berwarna warni.

Majlis ini telah diadakan hari ini di dewan  Asyatibi dengan menjemput beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Sambutan  ini dimeriahkan lagi dengan selingan lagu-lagu raya yang berkumandang di dewan Asyatibi.

Tahniah dan syabas kepada AJK sambutan perayaan yang berjaya mengadakan majlis seperti ini.

Slide17Slide19Slide62Slide79Slide60Slide69

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

MAAF ZAHIR & BATIN

Intructional Leadership in Malaysia : Roles , Practices and Challenges in High Performing School ( HPS )

c78bfbc6-2a43-42cd-98a2-43634982b1ea

SMIYT KTRG SBT , 13 Julai : Kaji selidik mengenai kepimpinan Pengetua telah diadakan pada 12 julai. Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi , Tugas sebagai pengetua di sekolah ini amatlah diambil kira agar ianya dapat memacukan pembangunan sekolah samada sistem pembelajaran , pengurusan guru serta staff dan juga kemenjadian murid ke arah yang lebih matang dan menjadikan sekolah ini sekolah yang sesuai dengan nama Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ).

Pegawai dari Institut Aminuddin Baki ( IAB ) Encik Aziz bin Salleh telah mengunjungi sekolah ini bagi tujuan tersebut. Hasil Kajian nanti akan dibentang dan diumumkan di Taiwan pada bulan Disember nanti.

4811a6f2-33c4-4b9e-8d69-966215da41e66bc6ebfc-1ee7-4666-9627-b87a3918ed97c78bfbc6-2a43-42cd-98a2-43634982b1ea

KPP Sektor Pendidikan Islam JPNT Berbuka Puasa Bersama Penghuni Asrama

Slide11SMIYT KTRG SBT , 28 Jun: Hari yang sungguh bermakna pada petang ini apabila Encik Zakaria bin Jusoh , KPP Sektor Pendidikan Islam JPNT meluangkan masa untuk sama-sama berbuka puasa bersama Pengurusan sekolah, Warden dan penghuni Asrama. Terdahulu dari itu beliau telah sudi menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar yang dikategorikan yatim dan miskin di Dewan Asyatibi.

Tuan pengetua dan semua warden mengiringi beliau ke Dewan Aspuri untuk majlis berbuka puasa.

 

Slide12Slide17Slide15Slide14Slide13Slide12Slide10Slide9Slide8Slide7Slide6Slide5Slide4Slide3Slide2Slide1

Muat turun gambar DI SINI