Author: admin

Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 “Zero G”

#WeLoveIKT
#IKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo1


Galeri gambar boleh layari Facebook rasmi sekolah.

Maharajan Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Terengganu 2025/1447H

TEMPAT : SM AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN
TARIKH : 30 JUN 2025 (ISNIN)

TAHNIAH & SYABAS kepada anak-anak Soleh/Solehah Pintar IKT.

#WeLoveiKT
#iKTNo.1
#SederapSehasratMerealisasikanIKTNo.1

Galeri gambar boleh layari di Facebook rasmi sekolah.

Selamat Datang TV AlHijrah ke TV Huffaz IKT

Pada 26 Jun 2025 (Khamis), Pembaca Berita TV Al- Hijrah, En. Wan Kamaruddin bin Wan Ibrahim telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu untuk membuat rakaman aktiviti pelajar sekitar kawasan asrama, balai quran dan juga bangunan akademik di sekolah. Rakaman telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi. Wartawan TV Huffaz IKT turut bersama-sama En. Wan Kamarudin ketika rakaman berlangsung dan semoga dengan perkongsian pengalaman serta ilmu yang dikongsi bersama wartawan yang dikenali itu dapat melahirkan lebih ramai wartawan cilik yang berkaliber serta dapat mengharumkan lagi nama sekolah kita. Di samping itu, semoga dengan rakaman daripada pihak TV Al-Hijrah dapat sedikit sebanyak memberi manfaat serta pengetahuan kepada pihak luar tentang sekolah ini.

Rakaman video dan galeri gambar boleh layari laman Facebook dan Tiktok rasmi sekolah.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

Sempena berlangsungnya Majlis AKKS 2024 yang bertempat di Pearl View Hotel, Seberang Prai,Pulau Pinang, Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu Berhad telah berjaya meraih 2 Anugerah di Peringkat Kebangsaan ;

๐Ÿ†Anugerah Khas AKKS : Sambutan Hari Koperasi Sekolah Terbaik 2024 Peringkat Kebangsaan : TEMPAT KEDUA

๐Ÿ† Anugerah Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) 2024 Peringkat Kebangsaan : TEMPAT KEEMPAT

๐ŸŒทTerima Kasih di atas segala kerjasama, tunjuk ajar dan budi bicara daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu, khususnya ANGKASA Negeri Terengganu serta semua Agensi terlibat yang menjadi faktor utama kejayaan yang diperolehi.

Besarlah harapan agar semua pihak akan terus menyokong Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu supaya lebih bersinar di masa-masa akan datang..

Sederap Sehasrat Merealisasikan IKT NO 1