Satu program “Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun” yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3 & 4 telah diadakan bagi tujuan menemukan para ibu bapa pelajar bersama para guru bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan sahsiah serta motivasi dalam diri pelajar. Di sini ibu bapa, pelajar dan guru berpeluang untuk bersemuka dan berbincang mengenai prestasi akademik, tindakan, idea-idea serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan seterusnya merealisasikan matlamat sekolah.
Al-Quran merupakan mukjizat agung yg perlu dijaga dan dipelihara oleh kita sebagai umat Islam. Bahkan sebagai Huffaz Al-Quran, seharusnya lebih memberi penekanan yang sewajarnya dalam bacaan Al-Quran agar tajwid, makhraj dan sifat huruf dapat dialunkan dengan sempurna. Justeru itu, guru halaqah Al-Quran Tingkatan 1 mengambil inisiatif dengan menganjurkan bengkel ‘Oh My Tajwid’ bagi memberi galakan kepada semua pelajar tingkatan 1 agar dapat mengaplikasikan bacaan yang baik dalam hafazan Al-Quran.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.