Program AI Future Innovators merupakan inisiatif pemindahan ilmu yang dianjurkan oleh Penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini diadakan secara khusus untuk mendedahkan para pelajar kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas dan aplikasi di samping dapat memupuk budaya inovasi digital dengan menyediakan pelajar bagi cabaran masa hadapan melalui pemikiran komputasi dan sistem pintar.