Author: admin

Solat Hajat Perdana dan Majlis Temu Murni SPM 2013

Slide75SMIYT KTRG SBT , 14 Oktober : Program Solat hajat Perdana serta bacaan Yasin dan Majlis Temu Murni bersama ibu bapa dan guru bagi pelajar yang akan menduduki SPM 2013 telah diadakan pada hari ini.

Dimulai dengan program Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau Tok Ku Pulau Manis dan berakhir dengan majlis temu murni.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Abdullah , wakil YDP MPIBG sekolah. Terdahulu wakil ibu bapa , Encik Abdullah bin Abu Bakar telah berucap dan disusuli oleh Bonda Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Antara visi program ini adalah untuk merealisasikan hasrat warga sekolah , pelajar dan ibu bapa agar mencapai semua A iaitu 11A+ dalam SPM. Misi program ini adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai target untuk cemerlang 100% dalam semua subjek.

Disamping itu pelajar sebagai pelanggan utama yang harus diberikan perkhidmatan terbaik dalam aspek pengajaran dan bimbingan dalam kelas mahupun luar kelas.

Juga memantapkan team work guru SPM dan warga sekolah bergerak selaras dan berganding bahu bersama melakar kejayaan dalam SPM nanti.

Dalam majlis tersebut juga diumumkan 13 pelajar cemerlang percubaan SPM 2013 .

1. Muhammad Fiqree Hameez bin Mohd Rosli ( 11A)

2. Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa ( 10A 1B )

3. Mohamad Norizarul Hisyam bin Mohd Risami ( 10A 1B )

4. Muhammad Syarifulhuda bin Mohd Azeri ( 10A 1B )

5. Muhammad Ikram bin Ismail ( 10A 1B )

6. Wan Muhammad Nabil Adham bin W. Rus Selam ( 10A 1C )

7. Sharifah Nurul Husna binti Sy. Ibrahim Halmi ( 9A 2B )

8. Sharifah Nur Ain Adlina binti Sy. Alshagaf Jamil ( 9A 2B )

9. Wan Ammar Zikri bin Wan Mahmud Khairi ( 9A 2B )

10. Nur Shahirah binti Shaharuddin ( 8A 3B )

11. Adilah binti Berahim ( 8A 3B )

12. Ahmad Amin Akmal bin Mohd Rafii ( 8A 3B )

13. Nur Aina binti Abdul Aziz ( 8A 2B 1C )

Slide13Slide19Slide27Slide32Slide36Slide72

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Tahniah!!!

Kursus ” Team Building ” Tingkatan 4

Slide1KUALA TERENGGANU , 12 Oktober : Semua pelajar tingkatan 4 telah menghadiri kursus ” Team Building ” yang diadakan di Teluk Ketapang yang bermula 10 Oktober baru-baru ini dan berakhir hari ini.

Kursus tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Pak Engku dan kumpulannya. Beliau merupakan seorang pakar motivasi yang begitu terkenal di Negeri Pahang. Kursus ini diadakan sebagai persiapan menghadapi SPM 2014 nanti dan  pihak sekolah telah mengambi inisiatif  agar mereka mendapat suntikan awal bagi menghadapi peperiksaan nanti.

Slide2

Tahniah !!!

Rai Pelajar Cemerlang Lonjakan Trial SPM

Slide1KUALA LUMPUR , 12 Oktober : Sebagai menghargai pelajar yang mendapat keputusan 9A hingga ke atas dalam trial lonjakan SPM baru-baru ini , pihak pengurusan sekolah telah memberi peluang kepada mereka untuk mengadakan lawatan sambi belajar di Karangkraf   bersama guru SPM. Lawatan ini bermula 10 hingga 12 Oktober 2013.

Objektif  lawatan ini ialah merehatkan minda serta team kerja majalah Fokus SPM di Karangkraf. Seorang pelajar sekolah ini melakar sejarah apabila terpiih menjadi muka depan cover edisi bumper awal tahun 2014 untuk idola remaja imam muda kontemporari. Pelajar berkenaan ialah Syed Akram bin Habit Mustaffa. Idola terpilih ini berdasarkan kecemerlangan akademik dan aktif aktiviti koko serta hafiz 30 juzuk.

Slide2Slide3Slide4Slide5

Tahniah dan syabas!!!

INTERNATIONAL STUDY ON EDUCATIONAL CLIMATE IN THE DEVELOPMENT OF MEDICAL SCIENCE AND MALAY LANGUAGE

Slide45Seramai 8 pelajar tingkatan 5  dan 1 orang guru  terpilihbagi mengikuti program International Study On Educational Climate In The Development Of Medical Science & Malay Language di Beijing, China, Guru tersebut ialah Cg. Marhaini Bt Sulaiman dan disertai oleh PuanPengetua dan 4 guru lain.Dua Universiti yang dipilih adalah Beijing Universiti Of Chinese Medicine Dan Beijing Foreign Studies University.

Rombongan sekolah telah bertolak pada 22 September yang lalu dan telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud seterusnya dari KLIA ke Beijing, China pada hari yang sama.

Mereka telah diber ipendedahan tentang perubatan tradisional Cina, bagaimana Negara Cina berkembang sebagai pengeluar kedua terbesar dunia, sejarah Negara Cina dan perkembangan BahasaMelayu di Cina.

Rombongan sekolah telah bertolak pulang pada 26 September 2013.Semoga program seumpama ini akan memberi banyak impak kepada semua pelajar yang terpilih untuk di bawa pulang bagi merealisasikan segala pengetahuan yang diperolehidi sekolah nanti.

Slide120Slide8Slide192Slide247Slide241Slide253

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.