Author: admin

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu

Slide205KUALA TERENGGANU , 14 Januari : Pada hari ini, Perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu telah bermula jam 8 pagi tadi di dataran Taman Shahbandar dan berakhir di Stadium tertutup.

Dalam majlis perarakan tersebut, kontinjen sekolah yang terdiri daripada anak-anak soleh tingkatan 4 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Alhamdulillah dengan berkat amanat puan pengetua, doa guru-guru serta semangat berpasukan dan kekuatan mental, kontinjen Sekolah ini diberikan penghargaan dengan memenangi tempat pertama dalam kategori pasukan sekolah dan IPTA/IPTS.

JOHAN : SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

NAIB JOHAN : SMA KHAIRIAH

KETIGA : SMA SULTAN ZAINAL ABIDIN LADANG

Tahniah kepada semua warga sekolah terutama peserta yang begitu bersungguh-sungguh dalam perarakan tersebut.

Slide49Slide58 Slide72 Slide74 Slide90 Slide198

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lihat sedutan video yang melayakkan kontinjen sekolah mendapat JOHAN perarakan bagi kategori sekolah klik DI SINI

Majlis Penutup Minggu Program Jalinan Mesra Tingkatan 1

Slide2SMIYT KTRG SBT , 9 Januari : Setelah hampir seminggu pelajar tingkatan 1 mendaftar sebagai warga imtiaz, pada hari ini satu majlis penutup telah diadakan sempena minggu suaikenal yang diadakan di dewan Asyatibi dan disempurnakan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Terdahulu dari itu, banyak program yang telah dibuat kepada pelajar baru agar mereka bersedia untuk menghadapi alam baru di sekolah ini. Yang terbaru ialah gotong royong membersih kawasan berhampiran pantai Batu Buruk.

Tahniah semoga menjadi anak soleh dan solehah pintar yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Slide4Slide3Slide1

 

Mesyuarat Agung Badan Beruniform Kali Pertama 2014

Slide22SMIYT KTRG SBT , 7 Januari : Pada hari ini satu mesyuarat Agung Badan Beruniform Kali Pertama telah diadakan petang ini bagi sesi 2014.

Semua badan beruniform telah terlibat dalam mesyuarat ini yang dikendalikan oleh guru penasihat masing-masing.

Badan Beruniform yang terlibat adalah

1. Pengakap

2. Kadet Bomba ( L & P )

3. Kadet Polis ( L & P )

4. Puteri Islam

5. Kadet Remaja Sekolah ( L & P )

6. Persatuan Bulan Sabit Merah ( L & P )

 

Tahniah kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat Agong bagi tahun 2014.

Slide28Slide18Slide11Slide5Slide1Slide26

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2014

Slide22SMIYT KTRG SBT , 5 Januari : Pihak pengurusan sekolah hari ini telah menerima pelajar tingkatan 1 bagi mengikuti pengajian pada tahun ini.

Kelihatan ramai di kalangan pelajar baru begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk meneruskan pelajaran di sini yang begitu sinonim dengan pencapaian akademik yang cemerlang disamping menghafaz Al-Quran.

Satu taklimat khas telah diadakan di dewan tengahari tadi yang telah disampaikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar baru dan juga ibubapa yang menjadikan sekolah ini sebagai sekolah pilihan untuk anak mereka.

Tahniah dan syabas kepada pelajar baru.

Slide11Slide30Slide26Slide3Slide6Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI