Author: admin

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Peringkat KTS

Slide14SMIYT KTRG SBT , 12  Mac : Sebanyak 10 buah sekolah telah menyertai pertandingan bahas peringkat Kuala Terengganu Selatan. Sekolah ini terpilih menjadi Tuan Rumah yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Sekolah tersebut ialah SMK Dato’ Razali , SMK Sultan Mansor , SMK Tengku Bariah , SMK Sultan Sulaiman , SMK Padang Negara , SMK Seri Nilam , SMK Panji Alam , SMKA Sheikh Abdul Malek , SMK Bukit Besar dan SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Johan pada pertandingan kali ini akan mewakili peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan.

Slide15Slide12Slide11Slide10Slide9Slide8Slide7Slide5Slide6Slide4Slide3Slide2Slide1

Ceramah dan Latihan Kebakaran

Slide18SMIYT KTRG SBT , 11 Mac : Sebagai langkah drastik apabila berlaku kebakaran , satu ceramah telah diadakan di dewan Asyatibi petang ini.

Ianya dihadiri semua pelajar , guru serta kakitangan agar dapat mengetahui dan cara mengatasi serta tindakan apa yang perlu diambil apabila berlaku kebakaran. Ceramah mengenai kebakaran ini telah disampaikan oleh Encik Asmadi bin Sulaiman , Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu.

Sementara itu satu sesi latihan kebakaran telah diadakan sebaik sahaja ceramah mengenai kebakaran selesai.

Slide5Slide9Slide22Slide12Slide1Slide24

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kuiz Asean 2014

Slide3SMIYT KTRG SBT , 11 Mac : Kuiz Asean ini yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia telah disertai seramai 44 pelajar perempuan dan 26 pelajar lelaki bertempat di Makmal IT di sekolah ini yang bermula hari ini.

Kuiz tersebut telah berlangsung selama 1 jam di bawah pengawasan Cikgu Nur Hakimah binti Mohamad. Keputusan rasmi akan dimaklumkan selewat-lewatnya 17 mac ini.

Slide2Slide4Slide1

AL FATEH DRIVEN UMMAH

MASMAT Awal , Imtiaz Kuala Terengganu Mula Langkah Kanan

Slide3SMIYT KTRG SBT , 11 Mac : Sekalung tahniah dan setinggi ucapan syabas kepada kontinjen sekolah ini yang telah berjuang dalam menghadapi pesta sukan MASMAT Peringkat awal yang telah bermula 6 Mac dan berakhir 8 Mac yang lalu di SM Imtiaz Kuala Berang.

Dalam temasya tersebut kontinjen pasukan perempuan dinobatkan johan keseluruhan dengan memenangi 4 acara iaitu Bola Jaring Menengah atas dan Bawah , Pingpong Menengah atas dan bawah manakala kategori lelaki Sepaktakraw menengah atas.

Pasukan tersebut akan mewakili peringkat akhir yang akan di adakan di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) tidak berapa lama lagi.

Tahniah !!!!

IMG-20140308-WA0011Slide1Slide2Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH