
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di kawasan berisiko jangkitan sebagai langkah pencegahan bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat dan kondusif.
Pada 2 Oktober 2026, kerja-kerja sanitasi telah dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang melibatkan beberapa ruang di kawasan sekolah, termasuk bilik khas, bilik aktiviti, ruang pejabat, dewan, ruang makan dan bilik kelas.

Seterusnya, pada 8 Oktober 2026, kerja-kerja sanitasi diteruskan dengan memberi tumpuan kepada kawasan asrama, termasuk koridor, bilik asrama, katil dan peralatan, almari serta ruang penyimpanan, dewan, ruang aktiviti, ruang kelas dan ruang solat.
Pelaksanaan usaha ini mencerminkan komitmen pihak sekolah dalam mengutamakan aspek kebersihan dan kesihatan warga sekolah, di samping mengurangkan risiko penularan jangkitan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran dan kediaman yang lebih selesa.
Semoga usaha berterusan ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran serta memupuk budaya tanggungjawab bersama dalam kalangan seluruh warga sekolah.




