PUTRAJAYA , 27 Disember : Hari ini Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu yang dahulu dikenali sebagai Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu KOSPINT telah diberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi SBT Kohort 3 bagi Tahun 2012.

Sebanyak 25 buah sekolah termasuk sekolah ini telah diraikan dalam majlis Pengiktirafan ini yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Rosli bin Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia  yang mewakili Y.A.B Tan Sri  Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.

Ketika menemui Puan Pengetua,Ustazah Mardziah binti Che Abdullah selepas Penganugerahan tersebut, beliau bersyukur atas kejayaan sekolah ini dan berterimakasih kepada guru, kakitangan, pelajar serta semua warga sekolah dan MPIBG yang telah terlibat selama ini memberi kerjasama kepada sekolah hingga sekolah  mencapai tahap tertinggi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi .

” InsyaAllah kita akan teruskan jihad kita ini kerana pendidikan  melahirkan modal insan yang akan membentuk dan mencorakkan Agama, Bangsa,Ummah dan Negara kita.”katanya.

“Apa lagi Sekolah kita adalah sekolah yang akan melahirkan  Hafiz dan Hafizah dan kita doakan  murid kita terus cemerlang dan mereka menjadi orang yang berbakti sepanjang zaman, InsyaAllah.”Ujarnya lagi.

Ketua Majlis Perwakilan Pelajar, Abdullah Nurul Sabri bin Sulong ketika ditemui berkata, Sebagai wakil pelajar  berasa bersyukur ke hadrat Allah kerana sekolah kami terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi  Kohort 3 Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KPM kerana memilih sekolah kami sebagai Sekolah SBT  di antara semua sekolah di seluruh negara. InsyaAllah kami akan memanfaatkan Anugerah ini dengan sebaik mungkin.”Katanya lagi.

 

Wakil Alumni 2002, Mohd Khairul Amry bin Anua berkata, “Saya merasa bangga kerana sekolah ini merupakan sekolah yang pernah saya belajar sebelum ini  walaupun sekolah telah bertukar dari pengurusannya tetapi masih lagi diiktiraf dan saya yang mewakili pelajar lain yang pernah menimba ilmu di sini amat bangga dan  terharu kerana sekolah inilah ukhuwwah kami terjalin dan sehingga kini ukhuwwah itu terjaga dan kini masih lagi berhubungan dan sekarang kami akan menabur bakti  di bawah satu persatuan yang dikenali sebagai ALUMNI ABADI dan terima kasih juga kepada pihak Imtiaz K.Trg kerana masih berhubungan atau masih lagi menerima  kami untuk mengadakan aktiviti bersama dengan pelajar-pelajar Imtiaz K.Trg.

Wakil MPIBG Encik Mohd Mazri bin Abdul Rahman berkata, “Saya amat berasa bangga kerana sekolah kita telah terpilih sebagai sekolah berprestasi tinggi 2012 dalam majlis pengiktirafan  bersama dengan 25 buah sekolah lain dan saya amat berterima kasih kepada guru-guru , Puan Pengetua dan Ahli Lembaga MPIBG Imtiaz KOSPINT kerana bersama-sama berusaha  untuk mencapai status sebuah sekolah berprestasi tinggi.”

Gambar selanjutnya klik DI SINI