Slide2VIETNAM : Pasukan Al Fateh Inventors terus mencipta kecemerlangan semasa menyertai GTReX 2014 (GREEN TECHNOLOGY RESEARCH EXPOSITION) yang diadakan di DUXTON HOTEL HO CHI MINH CITY, VIETNAM pada 4-5 Disember 2014 sempena THE 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE ON ADVANCED MATERIAL ENGINEERING & TECHNOLOGY (ICAMET 2014). Pasukan ini diketuai oleh CG Hjh Saripah binti Embong dan dianggotai oleh Muhammad Zulsyahmie bin Mohd Zaki, Wan Mohd Faiz bin Wan Mohd Fadlah dan Sh. Huda Sofiya binti Tuan Zawi. Kajian yang dipertandingkan bertajuk “The Potential Product From Pandanus amaryllifolius Roxb.”

“The International Conference on Advanced Material Engineering & Technology” adalah forum utama untuk persembahan hasil-hasil penyelidikan dan penemuan baru dalam bidang ini.  Persidangan ini akan menghimpunkan para penyelidik, jurutera dan saintis yang telah mencapai kejayaan dalam pertandingan sebelum ini dalam kategori yang sama dari seluruh dunia. GTRex 2014 pula adalah kali pertama diadakan sempena berlangsungnya ICAMET kali ke 3 ini di Vietnam.

Pasukan Al Fateh Inventors dijemput menyertai GTReX hasil dari rentetan kejayaan yang telah dicapai sebelum ini iaitu:

i)                      ‘Gold Prize’ beserta sijil, menduduki ranking pertama dari 92 pasukan  dalam senarai kategori High School dan  dianugerahkan  Anugerah Khas iaitu  “EYRec Green Technology Award” satu  plaque dan wang Tunai sebanyak RM500.00 pada i-ENVEX

( International Engineering Invention & Innovation Exhibition) 2014 di UNIMAP Perlis.

 

ii)                   Seterusnya, pasukan ini juga telah dijemput menyertai pertandingan IYIC International Youth Invention Contest 2014 (Pertandingan Rekacipta Muda Antarabangsa 2014” ) Di Seoul, Korea pada 6-11 Ogos 2014 dan telah mencapai pingat “Gold Prize” (Rank ke 5 dari 116 penyertaan) dari KUIA  dan pingat “Honor of Invention” dari WIIPA ( World Invention Intellectual Property Associations).

Sebagai penutup tahun ini pasukan Al Fateh Inventors sekali lagi mencapai Rank 1 untuk Gold Medal Award  dan Special Award GTReX 2014 pada Green Technology Research Exposition (GTReX  2014)  pada 4-5 Disember 2014 di Ho Chi Minh Vietnam. Terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi sokongan terutama pada ahli pasukan yang tidak dapat menyertai pasukan kali ini iaitu saudari Alya Farhana Mohd Rasid dan Nur Ain Hazirah Mohd Nasir yangmembantu guru menyediakan dokumentasi dan produk P’Amary.

Slide1Slide2Slide1

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI