Slide32SMIYT KTRG SBT , 22 Disember : Seramai 96 calon yang menduduki peperiksaan PT3 baru-baru telah diumumkan keputusan hari ini di Dewan Asyatibi.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar Tingkatan 3 kerana mendapat lulus 100%. Calon terbaik adalah seorang pelajar perempuan iaitu Anis Atikah binti Mazlan yang mendapat keputusan 11A.

Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abbdullah. Berikut adalah sebahagian ucapan beliau.

‘ Alhamdulillah , hari ini 22 disember adalah tarikh untuk mengumumkan keputusan Peperiksaan PT3  dan tahun ini merupakan tahun pertama format pentaksiran .

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar , guru dan semua ibubapa yang selama ini telah memberi komitmen kepada sekolah untuk memudahkan guru -guru berusaha membantu anak-anak kita terus cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran mereka dalam bidang akademik bahkan dalam semua hal.

Alhamdulillah untuk PT3 SM Imtiaz Kuala Terengganu tidak ada mencatatkan gagal.

Slide11Slide18Slide25

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Berikut adalah 20 pelajar terbaik dalam peperiksaan tersebut.

scan0001