Tag: kem

Kem Booster Akademik Siri 2 Tingkatan 3

Maecon D’River Resort, 30 Sept 2025: Tiga minggu yang lepas Unit Projek Kecemerlangan sekolah telah menganjurkan Kem Booster Akademik Siri 1 khusus untuk semua pelajar Tingkatan 3, manakala pada hari ini kem tersebut kembali diteruskan di Maecon D’RIver Resort sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-anak soleh solehah pintar Tingkatan 3. Kem ini bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar dan guru dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kem akademik ini diadakan untuk mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih baik melalui pembelajaran berkesan dan teknik menjawab soalan, serta meningkatkan kecemerlangan sekolah.

 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Kem A+ Biologi SPM 2024

27 Ogos 2024 – Imtiaz YT Kuala Terengganu menjadi tuan rumah bagi program Kolaborasi Biologi Anjuran PPDKT dengan kerjasama SESTER dan IKT bagi Zon 5 Kluster Cemerlang

Program ini di adakan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Penceramah bagi program ini ialah Cikgu Najibah binti Mamat , mantan Guru Cemerlang Biologi.

Semoga program ini memberi seribu makna kepada pelajar yang terlibat agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

( program kolaborasi Biologi PPDKT kerjasama dgn SESTER dan IKT – Zon 5 kluster cemerlang)*

Kem Gegar Gemilang Pencapaian Terbilang SPM 2017

96a9048b-e5ac-4c6c-9d77-e1a6b8bc393cMARANG , 23 April: Seramai 99 pelajar tingkatan 5 telah mengikuti Kem tersebut di Anggulia Beach Resort Marang Terengganu yang bermula pada 20 hingga 22 April yang lalu.

Tujuan Kem ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi akademik bagi persiapan menghadapi peperiksaan SPM nanti.

8e945503-f652-4e06-8484-0a1bda90e321742c7f5e-4167-416d-860c-32a664562dea96a9048b-e5ac-4c6c-9d77-e1a6b8bc393cae618016-ed4f-4cbf-974e-6eea43cd55b9

Program Jati Diri Pelajar Tingkatan 1 & 2

1b7ae5f5-4905-452d-b09e-a1089ef3407a

KEM PADANG MIDIN , 15 Oktober : Kem Jati Diri yang bermula 13 Oktober dan berakhir hari ini , menguji tahap ketahanan mental dan fizikal kepada semua pelajar tingkatan 1(62 pelajar) & 2(49 pelajar ).

Ianya diadakan di Kem Padang Midin , Rejimen 512 Askar Wataniah. Program ini adalah kerjasama unit Kaunseling dan Hal Ehwal Murid .

Pelbagai acara telah diadakan kepada semua peserta seramai 111 pelajar bagi menguji tahap kesabaran, ketabahan serta kecaknaan peserta dalam program ini. Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai dari Kem 512 Rejimen Askar Wataniah yang diketuai oleh Major Sabri.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah OP Masak , Tazkirah , OP Bola Api & Obor , Qiamullail , Kawad kaki , OP Harta Karun , OP Burung Hantu , Taklimat Disiplin & Kaunseling dan Ceramah Motivasi.

5982afe9-e071-4b6c-91d4-0f7891c54cde9bad6dd4-3208-4462-9177-2068627bdc7df065d401-603d-4350-814d-68af8e2663d8

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI