1b7ae5f5-4905-452d-b09e-a1089ef3407a

KEM PADANG MIDIN , 15 Oktober : Kem Jati Diri yang bermula 13 Oktober dan berakhir hari ini , menguji tahap ketahanan mental dan fizikal kepada semua pelajar tingkatan 1(62 pelajar) & 2(49 pelajar ).

Ianya diadakan di Kem Padang Midin , Rejimen 512 Askar Wataniah. Program ini adalah kerjasama unit Kaunseling dan Hal Ehwal Murid .

Pelbagai acara telah diadakan kepada semua peserta seramai 111 pelajar bagi menguji tahap kesabaran, ketabahan serta kecaknaan peserta dalam program ini. Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai dari Kem 512 Rejimen Askar Wataniah yang diketuai oleh Major Sabri.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah OP Masak , Tazkirah , OP Bola Api & Obor , Qiamullail , Kawad kaki , OP Harta Karun , OP Burung Hantu , Taklimat Disiplin & Kaunseling dan Ceramah Motivasi.

5982afe9-e071-4b6c-91d4-0f7891c54cde9bad6dd4-3208-4462-9177-2068627bdc7df065d401-603d-4350-814d-68af8e2663d8

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI