
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Jawatankuasa Kecemerlangan SPM sekolah akan menganjurkan Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat SPM 2025 pada esok hari kepada pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi
Majlis bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar memohon keberkatan dan restu daripada para guru dan ibu bapa sebelum menduduki peperiksaan utama.
Selain itu dapat memupuk nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan hubungan akrab antara guru, ibubapa dan pelajar.
Melalui majlis ini juga dapat mendidik atlet murid supaya bergantung harap kepada Allah SWT melalui amalan solat hajat dan doa.
Majlis sebegini perlu diteruskan lagi pada masa-masa akan datang agar hubungan ibu bapa dan guru dapat melahirkan anak-anak pelajar yang sentiasa bermotivasi dan dapat meningkatkan prestasi dalam bidang akademik.
Galeri gambar dan video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Lagoon Kuala Ibai, 4 Sept 2025: Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah yang mana program ini merupakan program penting yang dilaksanakan kepada semua pelajar Tingkatan 3. Program ini memberi peluang kepada pelajar meluahkan rasa hati dari hati ke hati yang pelajar-pelajar akan lebih dekat dan mesra dengan guru-guru atau mentor Mereka. Program ini merupakan pelengkap kepada program mentor mentee yang mana, pelajar juga mendapat mentor kumpulan belajar dan guru-guru adalah daripada kalangan guru yang mengajar mereka. Ini akan menambahkan lagi kemesraan dan semoga segala masalah pelajar dapat dikongsi bersama.
Objektif bagi program ini adalah:
1️⃣ Sebagai satu wadah kepada pelajar menyalurkan segala permasalahan atau kekusutan yang dialami bersama mentor dan rakan-rakan sekumpulan.
2️⃣ Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara santai.
3️⃣ Merapatkan ukhuwah antara guru dan pelajar.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Lagoon, Kuala Ibai : Unit Bimbingan dan Kaunseling SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah mengadakan program Mock Interview dan “Heart to heart” kepada 97 orang calon SPM 2025 sekolah ini. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Mock Interview dan penulisan resume sebagai panduan apabila mereka ingin melangkah ke alam pekerjaan nanti.
Melalui program ini juga, ia dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk meluahkan rasa dari hati ke hati yang mana pelajar akan lebih dekat dan mesra dengan guru-guru atau mentor mereka. Program ini merupakan pelengkap kepada program mentor mentee yang mana pelajar juga akan mendapat mentor kumpulan belajar dan guru adalah daripada kalangan guru-guru yang mengajar mereka. Ini akan menambahkan lagi kemesraan dan semoga segala masalah pelajar dapat dikongsi bersama.
Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil inisiatif bergabung tenaga bersama guru Projek Tingkatan 5 supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jaya
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.