Slide14SMIYT KTRG SBT , 27 Jun : Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah telah diadakan di SM Imtiaz K.Trg pada hari ini.

Bermula jam 8.30 pagi tadi majlis telah dimulakan dengan pelepasan burung  dan penanaman pokok serta disusuli dengan persembahan pesilat  Imtiaz K.Trg.

Program ini telah dirasmikan oleh puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Beliau telah diiringi oleh semua Ahli Lembaga Koperasi ( ALK ), Penolong Kanan, guru, kakitangan serta pelajar.

Program ini merupakan program tahunan yang saban tahun diadakan di setiap sekolah di seluruh Negara. Sambutan HKS peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Tema hari Koperasi tahun ini adalah

” Koperasi : Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat”

Slide7Slide31Slide61

Gambar selanjutnya sili klik DI SINI