KUALA TERENGGANU, 15 Sept: Hampir semua ibu bapa telah menghadiri program ini yang telah diadakan di Surau Tok Ku Pulau Manis, SMIYTKT. Tidak ketinggalan juga semua pihak pengurusan sekolah, semua guru PMR telah menghadiri program ini yang bermula jam 6 petang dan berakhir jam 11 malam.

Menurut Penyelaras Projek PMR 2011, Puan Rozila binti Sulong, Program ini telah dianjurkan di bawah Projek Aspirasi Permata Gemilang PMR 2011.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk memotivasikan pelajar tentang pentingnya hubungan dan restu daripada ibu bapa untuk menghadapi peperiksaan.

Disamping itu juga memberi keyakinan dan panduan kepada pelajar agar dapat memantapkan lagi persediaan dalam waktu terdekat menjelang peperiksaan.

Tambahnya lagi, selain daripada itu ianya juga dapat mendedahkan tips tentang keibubapaan untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membimbing anak jagaan mereka khasnya calon PMR 2011.

Selain daripada solat hajat, program yang berunsurkan motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mizan bin Mohd Nor.

Gambar seterusnya sila klik DI SINI